Rumah Allah yang dinamakan Masjid Syahadah memberi seribu kenangan buat penduduk Kampung Padang, Sabah kerana dibina hasil titik peluh dan kerjasama penduduk setempat.
Mereka sendirilah yang mencari dan memotong kayu di hutan belantara, seterusnya bertukang bagi menyiapkannya.
Lebih mengharukan, pembinaan masjid ini turut dibantu penduduk setempat yang bukan Islam.
Kerja-kerja pembinaan pula bukan sahaja melibatkan orang dewasa, tetapi turut dibantu kanak-kanak dan remaja tanpa mengira agama dan kaum.
Masjid ini membuktikan perpaduan masyarakat sangat utuh hinggakan masjid tersebut mampu dibina atas usaha dan keringat penduduk setempat tanpa mengira fahaman agama.
Seiring dengan nama masjid ini, ia turut jadi saksi sejarah pengislaman 401 penduduk sana yang mendapat hidayah untuk mengucap kalimah syahadah.
Usaha pembinaan bermula pada September 2012 hingga akhirnya, Masjid Syahadah berjaya disiapkan sepenuhnya Mei tahun lalu.
Bagi yang berminat untuk menderma bagi pembinaan masjid di Sabah menerusi Misi Syahadah, bolehlah mewakafkan sumbangan menerusi akaun Maybank – 564427506145 (Pusat Pembangunan As Sabah) atau hubungi Ustaz Fadli menerusi emelmfadli11@yahoo.com.
Dari Uthman bin 'Affan Radhiyallahu 'Anhu, berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Siapa yang membangun satu masjid untuk Allah dari harta yang halal maka Allah akan membangunkan untuknya satu rumah di surga."
Moga setiap sumbangan dikurniakan keberkatan Ilahi.
Kisah Pembinaan Masjid Di Sabah Yang Mengharukan
Reviewed by Admin
on
11:38:00 PG
Rating: