Reaksi Mengejutkan Lan Pet Pet Berkenaan Rakaman Bertengkar Dengan Anggota JPJ


FOTO diambil daripada video yang menjadi viral di laman sosial.

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak popular, Mazlan Pet Pet, 47, kesal dengan tindakannya mengamuk dan memarahi anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), dekat sini, kelmarin sedangkan mereka hanya menjalankan tugas.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari di USJ 10, Subang Jaya itu, Mazlan atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet dilihat bertengkar dengan anggota penguatkuasa selepas mereka mengunci tayar kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux miliknya yang diletakkan di hadapan sebuah bank.

Video berdurasi seminit itu memaparkan Lan memarahi anggota penguatkuasa dan ia menjadi viral di laman internet sejak semalam.

"Saya mohon maaf. Anggota penguatkuasa MPSJ menjalankan tugas dengan baik, saya yang bersalah kerana melanggar undang-undang apabila meletakkan kereta di tempat yang dilarang.

"Saya tidak berniat memarahi, bertekak atau berlagak samseng dengan anggota penguatkuasa. Cuma saya terkejut dan panik apabila kereta dikunci kerana ketika itu, saya membawa jumlah wang yang banyak untuk diberikan kepada isteri, Rubytah Abu Bakar," katanya.

Lan berkata, dia mencari anggota penguatkuasa yang bertugas selepas dapat membuka kunci berkenaan dan ketika itu, pertengkaran berlaku.

Anggota kumpulan Senario itu mengakui, dirinya juga masih trauma kerana pernah 'terkena' dalam rakaman sebuah program 'prank' pada tahun 2006. Insiden keretanya dilarikan menyebabkan dirinya masih dihantui kerana bimbang kejadian yang sama berulang.

Lan bagaimanapun, akur dengan kesilapannya dan memohon maaf kepada anggota penguatkuasa berkenaan.

"Saya juga sudah menjelaskan kompaun RM80 kepada MPSJ. Apa yang berlaku memberi pengajaran kepada saya. Tidak kira siapapun kita, jangan sewenang-wenangnya melanggar undang-undang. Saya kesal penguatkuasa berkenaan dipersalahkan apabila video berkenaan menjadi viral, sedangkan itu silap saya.

"Ketika menjelaskan bayaran di pejabat MPSJ, saya bertemu dengan penguatkuasa termasuk pegawai atasan untuk sekali lagi memohon maaf sekali lagi. Mereka juga melayan saya dengan baik, walaupun sebelum itu bertindak kasar," katanya.


Reaksi Mengejutkan Lan Pet Pet Berkenaan Rakaman Bertengkar Dengan Anggota JPJ Reaksi Mengejutkan Lan Pet Pet Berkenaan Rakaman Bertengkar Dengan Anggota JPJ Reviewed by Admin on 2:21:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.