Kisah Sebenar Sami Buddha Kemalangan Bukan Sami Myanmar


Viral di laman sosial kisah sami Myanmar yang terbabit dalam kemalangan ngeri dan rata-rata neztizen mempercayai berita tersebut bulat-bulat tanpa kaji selidik.

Untuk pengetahuan anda semua, gambar sami Buddha kemalangan ini telah terbit di laman internet sejak tahun 2012 di penghujung bulan mac dan menurut sumber, sami yang terbabit dalam kemalangan adalah Sami Thailand yang dalam perjalanan ke Laos untuk mendalami ilmu agama.

Pelbagai kata-kata kejian dan cacian dilemparkan kepada mereka yang tidak bersalah ini.

Kita semua sedang marah dengan sami Myanmar yang kejam membunuh masyarakat Rohingya. Tetapi, sami di dalam gambar ini bukanlah mereka yang anda marahkan.

Untuk rekod, berita sami Thailand terlibat dalam kemalangan ngeri ini telah disiarkan di beberapa forum Thailand terkenal dan rata-rata penggiat forum berasa simpati dengan nasib Sami mereka.

Berikut merupakan gambar yang tersebar:





Untuk memperbetul kekeliruan, mohon semua sebarkan kepada rakan-rakan anda agar mereka tidak terus menyalahkan mereka yang tidak bersalah dan tidak tahu apa-apa ini.

sumber

Kisah Sebenar Sami Buddha Kemalangan Bukan Sami Myanmar Kisah Sebenar Sami Buddha Kemalangan Bukan Sami Myanmar Reviewed by Admin on 3:07:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.