Allahyarham Datin Firdaus Abdul Kader, 58 menghembuskan nafas terakhir pada 10 pagi tadi.
Allahyarham meninggalkan empat orang anak termasuk Johan dan suami, Datuk As'ari Ibrahim.
Menurut Johan, Makanan terakhir yang sempat dia suapkan kepada ibunya adalah kurma ajwa.
"Ibu meninggal dunia ketika saya dalam perjalanan ke hospital untuk bergilir-gilir menjaganya.
"Sebelum menghembuskan nafas terakhir, arwah sempat berpesan supaya saya berjimat cermat dan menabung untuk diri sendiri," katanya tenang.
Allahyarham Firdaus menderita penyakit kanser pangkal rahim sejak tahun lalu dan disahkan sudah di tahap empat selepas menjalani rawatan susulan di Hospital Serdang minggu lalu.
Selepas disahkan doktor bahawa sel kanser sudah merebak ke tulang belakang, Allahyarham kemudiannya dipindahkan ke Institut Kanser Negara untuk menjalani rawatan kimoterapi.
Jenazah akan dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam berhampiran Masjid Al Irsyad, USJ 1, Subang Jaya. - Harian Metro
Punca Ibu Johan Asari Meninggal Dunia
Reviewed by Admin
on
10:18:00 PTG
Rating: