Ini Pula Respon Nazri Terhadap Video TMJ



Terkenal dengan sikapnya yang lantang, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mencabar pihak yang mengkritiknya melalui media sosial untuk bersemuka, bukannya bersembunyi di sebalik internet.

"Saya mungkin seorang menteri yang tidak mempunyai akaun Twitter dan Facebook (FB).

"Saya tidak percaya dengan Facebook, saya lebih percaya dengan bersemuka (untuk komunikasi).

"Sekiranya anda mahu menghentam (saya) secara lisan, hentam saya depan-depan. Saya boleh jawab dengan cara mudah,” katanya.

Nazri berkata demikian selepas beliau dibidas dalam media sosial kerana mengingatkan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa campurtangannya dalam politik boleh mengakibatkan beliau akan 'dibelasah' kerajaan.

Dalam wawancara eksklusif Malaysiakini semalam, Nazri berkata beliau tidak mengambil kisah terhadap pendapat negatif pengguna Internet yang ada selepas itu.

“Saya tidak mengecam baginda. Saya berkomunikasi dengannya. Tengku Mahkota harus tahu pihak mana yang perlu dikecam dan pihak yang beliau akan bergantung untuk melindungi keluarganya.

“Tetapi untuk mengatakan saya tidak mengenang budi, tahap intelektual golongan ini rendah. Jika tahap intelektual mereka rendah, saya tidak boleh membantu,” katanya.

Terdahulu, Nazri mengecam kenyataan dimuatnaik Tengku Mahkota dalam FB yang menyelar tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tidak hadir sesi dialog Nothing to Hide pada 5 Jun lalu.

Ini Pula Respon Nazri Terhadap Video TMJ Ini Pula Respon Nazri Terhadap Video TMJ Reviewed by Admin on 12:26:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.