Bomba Turunkan Mayat Seberat 200 Kilogram



KOTA BHARU - Mayat wanita seberat 200 kilogram terpaksa dibawa turun menggunakan tali dengan bantuan jentera bomba dari tingkat satu sebuah premis di Jalan Bayam, di sini, semalam.

Zaima Abdullah, 37, yang mempunyai penyakit kencing manis dan jantung, dipercayai meninggal dunia sejak kelmarin.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Ismadi Mohamad Said berkata, mangsa yang menjalankan perniagaan membekal barangan basah mahu tidur di premis terbabit dan tidak mahu pulang ke rumahnya di Kampung Tikat, Jalan PCB.

“Ahli keluarga memujuk supaya mangsa pulang ke rumah, namun dia enggan dan pagi tadi (semalam), mereka cuba menghubunginya tetapi tidak dijawab.

“Keluarganya kemudian pergi ke premis berkenaan sebelum mendapati mangsa telah meninggal dunia di dalam bilik tidur,” katanya, di sini, semalam.

Menurutnya, keluarga mangsa cuba membawa wanita terbabit keluar menggunakan laluan tangga tetapi gagal.

Ismadi berkata, pihaknya mengambil masa satu jam setengah untuk membawa keluar mangsa dengan menggunakan alat pengusung yang diikat dengan tali dan dibawa turun ke atas jentera bomba.


Bomba Turunkan Mayat Seberat 200 Kilogram Bomba Turunkan Mayat Seberat 200 Kilogram Reviewed by Admin on 8:34:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.