Komen dan Luahan Anak Penjual Pisang Mengamuk Lihat Tengkuk Ayah Dipaut MPSP



PETALING JAYA: Anak kepada seorang penjual pisang yang mengamuk dan videonya menjadi viral di media sosial memberi penjelasan kenapa dia bersikap demikian.

Menerusi Facebook, Roslan Alan mendakwa, dia tidak mampu mengawal emosi apabila melihat tengkuk ayahnya dipaut oleh penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP).

Insiden bermula apabila sekumpulan penguatkuasa MPSP mahu merampas peralatan berniaga milik ayahnya serta pisang yang hendak dijual.

“Saya memang tak boleh kawal emosi lagi bila tengok penguatkuasa itu paut tengkok ayah saya. Ayah saya pula ada penyakit lelah (susah nafas),” tulisnya.

Katanya lagi, dia dan keluarganya berasa sangat sedih dengan kejadian yang berlaku dan menyifatkan tindakan anggota penguatkuasa MPSP itu sebagai satu tindakan zalim dan jahil.

Menceritakan mengenai jualan pisang oleh ayahnya di situ, Roslan berkata, tauke hotel yang juga pemilik tapak tempat ayahnya berniaga membenarkan mereka menjalankan perniagaan pisang.

Katanya, ayahnya menjual pisang untuk mencari duit kocek bagi menampung perbelanjaannya menunaikan umrah.

Dia turut mempertikaikan langkah anggota penguatkuasa MPSP terbabit yang tidak mengenakan tindakan sama terhadap beberapa peniaga lain yang turut menjalankan perniagaan kecil-kecilan di kawasan meletak kenderaan.

Tambah Roslan lagi, ayahnya ada mendaftar sebagai penjaja dengan pihak berkuasa tempatan namun, sehingga hari ini ia tidak mendapat sebarang jawapan. - freemalaysiatoday.com

Komen dan Luahan Anak Penjual Pisang Mengamuk Lihat Tengkuk Ayah Dipaut MPSP Komen dan Luahan Anak Penjual Pisang Mengamuk Lihat Tengkuk Ayah Dipaut MPSP Reviewed by Admin on 8:46:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.