6 Sebab Anda Tidak Perlu Pergi Program Azizan Osman



Apabila berbicara mengenai perniagaan, semua berpusu-pusu ingin menjadi jutawan dalam masa segera. Kemudian ada pula insan yang dilahirkan untuk membantu usahawan untuk menjadi kaya dalam masa yang singkat. Maka, mereka yang kehausan untuk menjadi kaya pun berpusu-pusu mahu pergi program Azizan Osman. Berikut 6 sebab anda tidak perlu pergi seminar beliau.

1. Hangat-hangat Tahi Ayam

Ketika pergi bukan main mahu mengubah nasib sendiri. Masa di dalam seminar bukan main mahu ubah hidup sendiri demi bantu ibu bapa. Tapi itu semua semangat tahi ayam. Kadang-kala saya terfikir, mana pergi lebih 500,000 ribu anak murid Azizan yang telah datang ke kelas? Mana yang semangat terpekik sampai mahu keluar anak tekak di seminar? Jika semangat itu semata boleh buat orang Melayu kaya, dah ramai yang dah kaya.

2. Kena Positif Tiap-Tiap Hari

Tahukah anda setiap perkara itu bermula dengan diri kita. Tahukah anda bahawa setiap perkara itu perlu diasuh dan diajar menjadi rutin? Ya, kami tahu anda positif – at least ketika seminar tapi jika bersesak mahu keluar pintu pun dah nak marah orang, apa guna kau berdiri atas kerusi tadi? Mana positiviti yang kau junjung tadi.


3. Kena Berhenti Merokok

Ini yang paling seronok. Ketika bersemangat di dalam dewan, janji dah dengan diri untuk jadi lebih baik dan macam-macam lagi janji tapi sekali keluar dewan, terus kau hisap asap syaitan. Sekecil-kecil perkara merokok pun tak mampu nak lawan, inikan pula nak lawan nafsu pangkat tinggi bila dah kaya nanti.

“Positif semua saya boleh buat tapi bab berasap ni, saya mintak maaf ya Sifu,” kata seorang yang saya jumpa. Alasan apakah ini? Yang berhenti, kami respect.

4. Terpaksa Kaya Cepat


To be honest dan jika diikutkan dari naluri normal manusia pun, kita suka dengar perkara yang best saja. Bab ini selalu ramai yang salah tafsir atau mungkin anggap mudah. Setiap cerita perjalanan yang dah pernah naik hot seat itu saya jamin masing-masing ada cerita tersendiri. Jika perasan, kita sendiri bosan dengar orang cerita pasal susah hidup sendiri lama sangat, bukan? Perasan tak?

Sedangkan cerita sakit dan payah itulah yang perlu kita hadam. Sebab itu nanti kita mudah berpaksikan kepada perkara yang salah jika apa yang di doa tak sampai dan tak kunjung tiba.

Apa jadi bila nak jadi kaya cepat? Anda akan buat keputusan tanpa berfikir panjang, akhirnya mengeluh sebab kena tanggung hutang sampai badan kejang-kejang. We know, many will blame us for this article, but for God sake, please open your eyes people. Kejayaan menuntut masa. Kejayaan menuntut guru yang sebenar.

Jadi jangan putus asa selagi apa yang dicita tak mendatang. Apa jadi jika anda berhenti menggali emas, sedangkan dengan sekali lagi cangkul, kita akan dapat emas tersebut? Abang, adik, kakak, kita nak lahirkan anak pun makan masa sembilan bulan ya. Maaf, bab nak dapat anak ini saya tak tahu nak cari guru mana.

5. Datang Seminar, Rezeki Bertalu-talu Masuk


Bukan sekali dengar perkara ini malah berpuluh-puluh kali. Nampak tak apa yang kita cakap itu seperti kebergantungan terhadap seminar itu terlalu tinggi. Sedangkan yang memberi rezeki itu adalah yang di atas sana.

Mulut dan hati perlu betul niatnya. Saya jumpa ramai yang terlalu taksub. Tidak salah untuk jadikan AO sebagai idola namun biarlah berpada. Jangan sebab terlalu ingin jadi kaya, kita mudah tolak tepi benda lain. Saya tengok ada saja anak murid AO yang cool sahaja bila berbicara mengenai guru mereka. Berhati-hatilah kita dalam mengucap kata.

6. Dapat Group Sokongan Facebook


Group sokongan Facebook IMKK dan banyak lagi group kebanyakan saya lihat merupakan medan untuk memancing prospek. Sedangkan di situ boleh jadi tempat perkongsian yang lebih baik. Tunjuk gambar duit bertimbun, maka beratus balas komen tulis PM. Di saat anda tulis PM kononnya berminat, lebih baik kiranya anda validate business model canvas (BMC), sama ada mampu pergi jauh atau hanya wujud sebagai cita-cita. Apa itu kanvas model bisnes? Mari PM saya.

Berguru dan tuntutlah ilmu dan bagi peluang dan masa kepada diri untuk mencuba apa yang dipelajari. Jangan semua nak belajar dalam masa, nanti tunggang langgang. Kita nak berjalan masa kecil dulu pun bermula perlahan. Siapa lahir terus boleh berlari, mohon PM kami di Facebook.

Kesimpulannya, jangan pergi seminar AO jika kita hanya bersemangat sekejap saja. Bila dah sampai di seminar, lakukan network dengan orang ramai dan dalam masa yang sama, belajar jugalah dengan guru yang lain. Biar diri berilmu, jangan jadi bodoh sombong, jangan jadi taksub tak bertempat.

Sumber: Vitdaily.com

6 Sebab Anda Tidak Perlu Pergi Program Azizan Osman 6 Sebab Anda Tidak Perlu Pergi Program Azizan Osman Reviewed by Admin on 9:09:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.