Perancis Membuka Tanah Perkuburan Islam Secara Sah



Perancis telah membuka tanah perkuburan orang Islam yang pertama di bandar timur laut Strasburg, satu tindakan yang dialu-alukan oleh umat Islam sebagai satu langkah ke arah mengintegrasikan salah satu kumpulan minoriti terbesar di negara itu.

Pembukaan tanah perkuburan itu adalah detik "bersejarah" bagi umat Islam di Perancis yang mana adalah simbol penting pemilikan bagi masyarakat, Mohammed Moussaoui, ketua Majlis Agama Islam di Perancis memberitahu Agence France-Presse (AFP) pada hari Isnin, 7 Februari.

Pelbagai pegawai tempatan dan pemimpin Islam menghadiri pembukaan tanah perkuburan itu, yang mempunyai ruang untuk kira-kira 1,000 kubur.

Tanah perkuburan, yang berharga kira-kira 800,000 euro, menghadap ke arah Makkah, mempunyai ruang untuk berwudhu' dan surau yang berasingan.

Perancis merupakan rumah kepada minoriti Muslim seramai enam juta orang, yang terbesar di Eropah.


Perancis Membuka Tanah Perkuburan Islam Secara Sah Perancis Membuka Tanah Perkuburan Islam Secara Sah Reviewed by Admin on 8:38:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.