Hukum Membina Binaan di Atas Kubur



KINI banyak kubur yang dikelilingi dengan batu bata , malah ada yang membina kubur ahli keluarga dengan marmar dan membuat bumbung . Apakah hukumnya membuat binaan di atas kubur ? Adakah boleh dicantikkan atau dibiarkan kosong hanya berbatu nisan sahaja ?

Jawapan :

Kubur dari segi takrifannya merujuk kepada tempat yang digunakan untuk mengebumikan orang yang telah meninggal dunia .

Kawasan perkuburan menurut Islam merupakan tempat yang perlu dihormati . Umat Islam ditegah daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan adab dan dianggap tidak menghormati mayat di kawasan perkuburan tersebut seperti mendirikan penempatan di atasnya , membina tembok atau menggali balik mayat tanpa tujuan .

Dalam sebuah hadis ada menyebut maksudnya : "Nabi SAW menegah daripada membina tembok di atas kubur , tinggal di atasnya , membuat binaan dan menulis di atasnya ." (Riwayat al-Tarmizi).

Adapun untuk membersihkan perkuburan adalah satu keharusan dan janganlah sampai melakukan pembaziran kerana kos untuk membina dengan marmar dan sebagainya amat mahal . Alangkah eloknya jika wang yang hendak digunakan itu dinafkahkan pada jalan kebajikan dan diniatkan kepada si mati Insya-Allah mendatangkan pahala kepadanya .
sumber

Hukum Membina Binaan di Atas Kubur Hukum Membina Binaan di Atas Kubur Reviewed by Admin on 4:59:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.