Penjelasan Bob Kuman Berhubung Kes Dakwa Penerbit Abai Tanggungjawab



Merujuk kenyataan di atas, syarikat produksi Metrowealth ingin menjelaskan secara terperinci berhubung dakwaan Bob Kuman bahawa pihak kami tidak mengambil inisiatif terhadap tahap kesihatan yang dialami. Untuk makluman semua, pihak kami mempunyai bukti yang mana kami telah memberi sumbangan terhadap beliau pada Julai 2010. Peristiwa ini turut disaksikan oleh wartawan Melodi TV3, Michelle Wee dan juga Nas Ahmad dari Galaksi TV9. Sumbangan ini dibuat semasa lawatan penerbit drama bersiri Jangan Pandang Belakang Congkak iaitu Mejar (K) David Teo di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur.

Ketika lawatan dibuat, pihak kami juga telah memberi cek sumbangan kepada beliau untuk meringankan beban yang ditanggung untuk menyelesaikan kos rawatan. Sumbangan tersebut juga, telah diserahkan sendiri oleh penerbit kepada Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Bin Mohd Rawi. Dengan penjelasan ini, pihak kami berharap segala persoalan telah terjawab.

Sihat sakit dari tuhan,
Kita hanya berserah saja,
Supaya selamat pada Bob Kuman,
Marilah sama-sama kita doakannya.

Diharap semua pihak lega dengan penjelasan ini. Sama-sama kita doakan agar keadaan kesihatan Bob Kuman bertambah baik.

Penjelasan Bob Kuman Berhubung Kes Dakwa Penerbit Abai Tanggungjawab Penjelasan Bob Kuman Berhubung Kes Dakwa Penerbit Abai Tanggungjawab Reviewed by Admin on 5:57:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.