'Baba Hanya Tunggu Masa Untuk Cabut Mesin Dan Biar Pergi Jumpa Pencipta'



KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, dilaporkan kritikal di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat (AS).

Beliau dilaporkan masih bergantung kepada mesin sokongan hayat dan ahli keluarga terdekat berada bersamanya di hospital berkenaan.

Perkembangan itu dimaklumkan anaknya, Hamdi Haron, menerusi mesej kepada Ketua Penerangan PAS, Nasaruddin Hassan, dalam kumpulan WhatsApp pimpinan PAS yang diterima pada jam 2.45 pagi tadi.

Terkini TGHD Sudah Meninggal Dunia 

"Baba dlm keadaan koma, tolong sampaikan pd TG dan pimpinan PAS, Dr kata sudah tiada harapan, bleeding terok, now on life support, hanya tunggu masa utk cabot mesin dan biar Baba pegi menemui Rabbul Alamin dgn aman....Hamdi."

Haron dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak semalam, bagi menjalani rawatan jantung di hospital berkenaan.

Difahamkan, Haron berlepas ke AS beberapa hari lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.

Beliau pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di hospital berkenaan pada 2 April 2012.

Mac lalu, beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengadu sakit dada.


Sumber: Berita Harian

'Baba Hanya Tunggu Masa Untuk Cabut Mesin Dan Biar Pergi Jumpa Pencipta' 'Baba Hanya Tunggu Masa Untuk Cabut Mesin Dan Biar Pergi Jumpa Pencipta' Reviewed by Admin on 9:47:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.