Tiga Pelajar Didakwa Liwat Teman Sekolah Dalam Stor


Tiga pelajar didakwa di Mahkamah Majistret Dungun kerana meliwat di sebuah stor sekolah. — Paparan skrin Google

DUNGUN, 9 Sept — Gara-gara meliwat seorang pelajar bulan lalu, tiga pelajar tingkatan lima didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Mangsa berusia 15 tahun itu diliwat di sebuah bilik stor terletak di belakang dewan sebuah sekolah menengah di daerah Dungun di sini, lapor Harian Metro.

Kejadian didakwa berlaku di antara jam 2 hingga 3 petang pada 28 Ogos lalu.

Ketiga-tiga tertuduh mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Hazwanie Hussain Bustari.

Laporan bagaimanapun tidak menyatakan samada mereka mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii mengikut Seksyen 377(B) Kanun Keseksaan.

Mereka berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sumber: themalaymailonline.com

Tiga Pelajar Didakwa Liwat Teman Sekolah Dalam Stor Tiga Pelajar Didakwa Liwat Teman Sekolah Dalam Stor Reviewed by Admin on 8:21:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.