Rupanya TGHD Tinggal Amanat Jika Ditakdirkan Meninggal Dunia Di AS



SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr Haron Din dilaporkan telah mengamanatkan kepada ahli keluarga dan rakan seperjuangannya di Perlis untuk mengebumikannya di Amerika Syarikat (AS) jika ditakdirkan meninggal dunia di negara itu.

Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd Shukri Ramli, berkata pesanan itu disampaikan Allahyarham di Pusat Rawatan Darussyifa di Santan, Perlis sebelum berlepas ke AS pada 10 September lalu.

"Amanat itu disampaikan sebagai persediaan kerana ini kali keenam Allahyarham menjalani pembedahan," katanya seperti dilapor Utusan Online.

Shukri berkata, solat jenazah ghaib akan diadakan di Kompleks Pas Perlis di Jalan Stadium Utama , Kangar malam ini.

Allahyarham disahkan telah meninggal dunia pagi ini pada usia 76 tahun di Hospital Stanford University Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung yang kritikal.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Khatijah Din dan lima cahaya mata.

Sumber: Sinar Harian

Rupanya TGHD Tinggal Amanat Jika Ditakdirkan Meninggal Dunia Di AS Rupanya TGHD Tinggal Amanat Jika Ditakdirkan Meninggal Dunia Di AS Reviewed by Admin on 2:33:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.