Namun, ‘teka-teki’ yang diberikan oleh pengacara televisyen yang popular ini terjawab apabila Farah Lee sendiri memberikan kepastian tentang pernikahan mereka berdua termasuk tarikhnya sekali.
Menurut laman blog beautifulnara.com, Farah Lee telah menghantar mesej kepada rakan-rakannya menerusi Facebook menjemput mereka hadir ke majlis kesyukuran, doa selamat, tahlil dan majlis pernikahannya dengan Ally Iskandar pada 20 Januari ini.
Difahamkan majlis mereka ini akan berlangsung di rumah kedua ibu bapa Farah Lee di Terengganu.
Disebabkan kekangan masa yang dialami, majlis ini katanya bakal diadakan secara kecil-kecilan.
Farah Lee juga mengatakan tiada kad undangan yang diedarkan disebabkan dia baru sahaja pulang dari bercuti di Korea dan tidak sempat untuk menempah sebarang kad kahwin.
Terdahulu, Ally Iskandar pernah mengikat tali pertunangan dengan Nur Aishah Zainal pada 11 Februari tahun lalu, namun tidak bertahan lama apabila dilaporkan putus tunang lima bulan kemudian pada 30 Jun tahun yang sama.
Menurut Ally, pertunangannya dengan Nur Aishah tidak dapat diselamatkan ekoran tiada keserasian dan tiada berlaku sebarang pertelingkahan besar pun antara mereka.
Tidak berapa lama kemudian, Ally Iskandar dikatakan intim dengan seorang gadis yang masih bergelar mahasiswi di luar negara yang bernama Farah Lee yang juga merupakan anak angkat kepada keluarga pengacara Raja Lawak, Zizan.
Diharapkan, hubungan yang bakal termeterai ini akan kekal ke akhir hayat dan sentiasa mendapat sokongan serta doa daripada para peminat Ally Iskandar sendiri, Aminnnnn
Ally Iskandar Kahwin Pada 20 Januari Ini
Reviewed by Admin
on
5:18:00 PTG
Rating: