Seringkali bila kita diperingatkan atau menonton filem Melayu mengenai kejatuhan Empayar Islam Melaka di tangan orang Portugis, kemudian Belanda, kemudian Inggeris, kita digambarkan bahawa pahlawan-pahlawan Melayu kita berjihad mempertahankan Tanah Melayu ini dengan hanya menggunakan keris, pedang, tombak dan panah. Sedangkan orang Eropah menggunakan senapang, pistol dan meriam.
Hakikatnya Empayar Islam Melaka mempunyai meriam yang jauh lebih canggih daripada tentera Portugis, Belanda dan Inggeris. Dan Melayu di zaman Empayar Islam Melaka maju bukan kerana mereka menggunakan Bahasa Inggeris dan tulisan rumi, tapi mereka boleh maju walaupun dengan Bahasa Melayu dan tulisan Jawi. Sekali lagi Melayu telah diperlekehkan bahawa Melayu ini mundur, tidak mempunyai ilmu untuk membuat persenjataan canggih, pernah dulu Melayu diperlekehkan hendak buat paku pun tak tahu.
Berikut adalah sedikit fakta sejarah yang membuktikan orang Melayu di zaman Empayar Islam Melaka jauh lebih hebat daripada orang Eropah.
Lebih kurang seabad selepas senjata api dicipta oleh orang Arab, orang Melayu mula membuat senjata api. Bukti kegiatan ini telah didokumenkan oleh W Linehan dalam penulisan beliau bertajuk Beberapa Pertemuan Di Tembeling. Di tebing Sungai Tembeling di Semenanjung Malaysia, dia telah menjumpai beberapa acuan untuk membuat meriam pada abad ke 13 dan 14.
Menurut penakluk Melaka, Alfonso d'Albuquerque, pembuatan senjata api orang-orang Melaka adalah setanding dengan orang Jerman. Ini bermakna ianya lebih baik dari orang Portugis, tetapi senjata yang terbaik ketika itu adalah dari kerajaan Uthmaniah Turki. Apabila Portugis mengalahkan Melaka, mereka menjumpai beribu-ribu meriam termasuk satu meriam yang begitu besar yang Alfonso telah menghantar ke sekutunya di India iaitu Zamorin dari Calicut.
Meriam-meriam yang dihasilkan oleh kesultanan Melayu terdiri dari pelbagai mutu. Yang paling kuat dibuat oleh sultan yang kaya. Meriam-meriam orang Melayu yang terbaik dengan mudah dapat menghancurkan kapal-kapal perang Eropah ; antaranya Syarikat Belanda India Timur hilang kapal perangnya apabila mereka menyerang Makassar pada tahun 1667 dan satu lagi pada abad ke 18 apabila mereka menyerang orang Bugis di Bintan.
Meriam-meriam yang dihasilkan oleh orang Makassar adalah dari kualiti yang tinggi yang diminta sebagai ganti rugi oleh orang Belanda (walaupun orang Belanda yang memulakan peperangan).
Kerajaan Melayu Siam juga telah membuat meriam-meriam yang terbaik di Pattani. Dalam tahun 1571 mereka telah menyiapkan dua meriam yang berukuran 22 kaki dan 7 inci. Meriam-meriam ini amat berjasa dalam mempertahankan Pattani daripada beberapa serangan Siam selama lebih dua ratus tahun. Pattani akhirnya tewas di tangan Siam pada tahun 1786 dan meriam-meriam besar Pattani telah dibawa ke Bangkok. Salah satu meriam, Seri Negeri jatuh ke dalam laut ketika hendak dibawa manakala satu lagi Seri Patani dipamerkan di Kementerian Pertahanan Thailand.
sumber
Senjata Melayu Diperlekehkan Sekian Lama, Hakikatnya....
Reviewed by Admin
on
11:19:00 PTG
Rating: