Azwan Ali Disihir 2 Artis



Artis yang penuh kontroversi Azwan Ali membuat dakwaan yang dirinya telah disihir pihak tidak bertanggungjawab dipercayai katanya adalah oleh dua orang artis yang pernah menyertai satu rancangan realiti lawak. Azwan Ali yang sememangnya dikenali ‘hangat’ diselubungi dengan pelbagai kontroversi itu memberitahu, rumahnya telah di ‘terjah’ bukan diterjah oleh ‘Nas Ahmad terjah’ tetapi dimasuki ular berbisa yang biasa ditemui di hutan yang cukup panjang dan berbisa menyelinap dari bahagian dapur.
“Bila saya pukul ular tu hingga hancur, selang beberapa hari kemudian saya jatuh sakit dan rasa bisa-bisa seluruh badan. Melalui sembahyang hajat, angkara sihir itu terbukti dilakukan oleh dua artis tersebut,” ujar Azwan melalui rancangan Melodi TV3.

Seberapa ketika selepas membuat ‘dakwaan’ tersebut di Melodi sebentar tadi Azwan Ali sendiri menyambung ‘dakwaan’ nya di laman sosial twitternya…

Azwan Ali Disihir 2 Artis Azwan Ali Disihir 2 Artis Reviewed by Admin on 3:21:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.