Enam Makanan Palsu di China



Kacang walnut palsu
- Kacang walnut yang ori dikeluarkan dan diganti dengan konkrit yang dibalut kertas agar lebih kemas kemudian dimasukkan ke dalam kulit kacang walnut yang ori dan digam.


Madu lebah palsu 
- Madu palsu ini terhasil dari campuran air gula, manisan malt, sirap jagung atau beras, jaggery (sejenis gula yang tidak bertapis), pemanis barley malt atau bahan tambahan lainnya dengan hanya sedikit madu.Ia dipasarkan meluas melalui India ke U.S.


Daging lembu palsu
- Daging palsu ini hasil dari campuran daging ayam dan babi yang kemudian diperap selama 90 minit dengan sedikit daging lembu gred tinggi.Bahan perap yang digunakan ini boleh meracun organ dalaman manusia dan boleh membawah penyakit kanser.


Beras palsu
- Pihak berkuasa di Singapura telah melaporkan bahawa terdapat beras palsu yang diperbuat dari plastik resin dan kentang atau keledek.Beras ini nampak ori tetapi bila dimasak ia kelihatan kenyal dan keras."Makan tiga mangkuk beras palsu ini seperti makan satu beg plastik," kata seorang pegawai dari Persatuan Restoran Cina.


Telur palsu
- Ia terdiri daripada bahan kimia, asid alginic, kalium, kalsium klorida, gelatin, parafin, pewarna tiruan dan air.Telur ini direbus dalam air kencing kanak-kanak lelaki (mendapatkan warna) dan kulit telur dibuat dari kapur.Memakan telur palsu secara berterusan boleh menyebabkan kehilangan memori dan demensia.


Ban kitar semula
- Beberapa kedai runcit telah dituduh menghantar ban yang telah tamat tempoh kembali kepada pembuat mereka, Shanghai Shenglu Food Company, di mana ban basi ini akan dikitar dengan cara memasukkannya dalam campuran tepung, air, pewarna makanan kuning yang haram dan pemanis tiruan. Ban kemudian dipakej semula dan dijual sebagai ban baru.

Enam Makanan Palsu di China Enam Makanan Palsu di China Reviewed by Admin on 11:51:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.