Seperti biasa, kalau setiap hujung minggu kebanyakan akhbar akan menyisipkan sekali naskhah hiburan untuk pembaca. Ada kandungan yang ok, ada kandungan yang tidak senang untuk dilihat. Yang kadang-kadang kami terfikir sejenak, mereka nak jual akhbar atau nak mempertaruhkan tubuh badan artis Malaysiaseksi atas nama untuk menarik perhatian pembaca seterusnya meraih keutnungan yang berlipat kali ganda?
- Kenapa semacam tiada tindakan yang serius daripada pihak berkuasa ke atas gejala ini? Kenapa?
- Gejala seperti ini masih belum serius lagikah?
- Adakah kita mahu terus menunggu dan menunggu sehingga artis Malaysia sudah berani berbogel barulah kita akan mula melatah? Adakah sampai begitu sekali tahap “timbang rasa” yang perlu”dibayar” oleh masyarakat Malaysia hari ini?
Kami sebenarnya sudah pernah mengeluarkan berita ini sekitar setahun yang lepas, bertajuk Artis Malaysia di Anugerah Skrin 2010 Berpakaian Tidak Senonoh? Walaubagaimanapun, sejak akhir-akhir ini artis Malaysia seksi semakin berleluasa, pakai pakaian yang tak cukup kain ibarat seperti berada di “zaman batu”. Akhirnya penampilan kelompok artis Malaysia seperti ini dipertontonkan kepada semua lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda, kaya atau miskin, tinggal di bandar atau luar bandar. Semuanya dapat “merasa”.
Artis Malaysia Seksi : Kenapa Mereka Menjadi Semakin Berani?
Undang-undang & penguatkuasaannya sahaja, dah boleh kami katakan agak canggung. Manakan tidak, kalau artis lelaki buka baju contohnya terus sahaja dihukum. Tetapi apabila artis Malaysia (wanita) buka atas, buka belakang, buka bawah, memakai pakaian separuh bogel, “orang-orang atas” buat-buat tak nampak pula apa yang sedang berlaku dalam dunia hiburan ketika ini
Tentang hukuman artis Malaysia lelaki dihukum begitu, kami tidak pertikaikan. Yang menjadi percanggahan di sini adalah di mana letaknya keadilan & undang-undang yang ada sekarang ini berbeza-beza?
Artis Malaysia wanita tahu mereka jarang diberikan perhatian walaupun mereka memakai pakaian yang menjolok mata kerana merasakan mereka “cukup kebal” untuk dihukum. Betulkah begitu?
Artis Malaysia Seksi : Wartawan, Akhbar & Majalah Hiburan Mengagung-agungkan Mereka ?
Yang tidak tahannya, contohnya pada minggu ini mereka menghentam artis Malaysia seksi yang bertindak memakai pakaian yang menjolok mata di naskhah-naskhah keluaran mereka, tetapi pada minggu hadapannya kita sudah boleh melihat semula aksi gambar-gambar artis Malaysia seksi di kolam renang, memakai pakaian yang singkat atas, singkat bawah, dedah belakang dan terus menerus tayang badan tidak tentu hala. Mereka bebas untuk berbuat begitu berpakaian ala-ala fesyen di “zaman batu”
Hakikatnya, banyak lagi akhbar, majalah yang ada di Malaysia terus “memperjudikan” & merosakkan pemikiran pembacanya tanpa sebarang kawalan daripada pihak berkuasa & terus diberikan “imuniti”…
Jiwa muda & sikap nak cepat glamor yang sentiasa mahu mengikut peredaran fesyen memang tidak boleh dipisahkan, itu realiti hari ini. Tetapi biarlah berpada-pada. Ini tidak, pemahaman seksi pada sesetengah individu cukup menyedihkan, sampai sanggup tayang semua. Bahagian penting saja yang ditutup olehnya, barulah dikirakan sebagai seksi mengikut permahaman mereka.
Berpakaian seksi ini boleh diumpamakan seperti ini :
Makanan. Ya….diumpamakan seperti makanan. Kalau dihidang terlampau lama tanpa ditutup, ia akan jadi tumpuan lalat seterusnya basi dan berulat ataupun menjadi lemau.
Yang paling kami kesalkan beberapa respon & kenyataan artis Malaysia seksi kenapa “sanggup” berpakaian seperti itu. Ini antara jawapan artis Malaysia seksi yang cukup popular :
- “Selesa berpakaian begitu
- “Jangan nilai seseorang melihatkan pada pakaian”
- “Keluarga lebih mengenali saya”
- “Saya tidak mahu hipokrit, inilah diri saya yang sebenarnya”
- ” Maaf, saya mengikut kehendak pereka fesyen”
- “Jangan menilai kita daripada pakaian sahaja”
- “Seksi itu subjektif”
- “”Saya masih tinggal dengan keluarga, jadi keluarga saya lebih mengenali saya”
- “Saya pakai ikut kesesuaian majlis”
- “”Itu urusan antara saya dengan tuhan”
- “Saya berpakaian seksi tapi saye bukannya pelacur, saya tahu jaga nama baik keluarga saya”
- “Apa yang saya pakai, itu hak saya”
- Ada VIP offer saya jadi teman ranjang, tapi saya masih tahu nilai nilai sebagai wanita ISLAM…Jangan ingat kerana saya berpakaian seksi saya tak tahu halal haram..!”
Kepada artis Malaysia yang berkenaan, anda sememangnya berbeza dengan orang biasa. Artis atau personaliti popular sentiasa menjadi perhatian & tumpuan, malahan ikutan kepada generasi muda sekarang ini. Jadi, sedikit sebanyak imej perlulah dijaga.
Artis Malaysia Seksi : Semua Kena Lebih Prihatin!!
Sebenarnya wartawan hiburan kena lebih prihatin dalam soal ini sebenarnya. Mereka kelompok yang boleh sedikit sebanyak mengawal gejala artis Malaysia “zaman batu” ini. Contohnya, kalau dah tahu ada sesi fotografi, anda boleh memberikan sedikit teguran supaya memakai pakaian yang elok mata memandangnya. Ini tidak, artis Malaysia memakai pakaian tak cukup kain, kalangan wartawan jugalah yang menangkapnya. Akhirnya “agen-agen penyampai” akan menyebarkan gambar-gambar ini untuk dipertontonkan kepada orang ramai. Sebab apa, fulus……Sebab artis Malaysia seksi seperti inilah yang melariskan naskhah-naskhah keluaran mereka. Kalau begitulah pendekatannya, sampai bila-bila pun masalah ini tidak akan selesai.
Tidak lupa juga kepada pereka fesyen yang perlu mengambil serius dalam mereka pakaian & memebrikan kepada kalangan artis Malaysia, umpama:
“Seperti arak juga, yang menyediakan pun salah, yang minum pun salah juga”
Yang sedihnya artis Malaysia yang berpakaian seksi itu orang Islam tetapi pakaiannya berjaya mengalahkan & menewaskan orang bukan Islam. Kadang-kadang dilihat sesetengah bukan Islam sendiri tahu sentiviti atau batas mereka apabila berada di khalayak ramai.
Jawapan kami mudah sahaja jika kita nak membanterasnya:
Undang-undang & penguatkuasaan kena lebih adil & tidak mengikut bulu
Artis Malaysia seksi melampau ini “digam” terus daripada keluar di TV untuk beri pengajaran kepada yang lain. SKMM, nak tunggu berapa tahun lagi untuk bertindak?
Sekarang ini berlambak gambar-gambar artis Malaysia seksi yang tidak tahu malu dijaja di media. Apa lagi yang boleh dilakukan & diharapkan kalau empunya diri pun tidak tahu malu dan tidak makan nasihat, jadi undang-undang yang lebih tegaslah adalah “cara mengubati gejala ini”
Sebab apa kami timbulkan isu ini? Sebab makin teruk gejala artis Malaysia seksi ini. Kami menegur bukanlah menyibuk ataupun cemburu dengan kepopularan artis Malaysia, jauh sama sekali :
“Tetapi azab Allah tidak mengenal siapa”
Akhirnya, apa yang kami nak katakan di sini, sebagai seorang muslimah, artis Malaysia tak patut berpakaian menjolok mata. Memang berpakaian adalah hak individu, tapi fesyen berpakaian yang menyentuh sensitiviti ummah tetap menjadi hak orang ramai untuk bersuara. Jika artis Malaysia ingin menjadi seorang publik figure maka hak artis Malaysia sudah direlakan untuk dikongsi ramai, maka jagalah hak tersebut agar tidak menimbulkan umpatan dan fitnah.
Cara bercakap, berpakaian dan bersosial juga menjadi sorotan mata dan penilaian ramai. Hal beginilah yang sepatutnya difahami dan disedari oleh kalangan artis-artis Malaysia yang mahu disanjung, dipuja dan dihormati ramai. Itulah sebabnya kami mengambil berat dan mengambil konsep ingat-memperingatkan antara satu sama lain.
P/S : Apa pendapat yang dapat anda kongsikan berdasarkan pemerhatian dengan trend artis Malaysia sekarang ini?
sumber
Artis Malaysia Seksi, Gambar Makin Berani?
Reviewed by Admin
on
8:12:00 PG
Rating: