Video & Gambar Sekitar Perhimpunan 901-Kompleks Mahkamah


Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berhimpun di hadapan pintu masuk mahkamah pada perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul bagi mengetahui keputusan tentang perbicaraan kes liwat melibatkan beliau. Selain anggota keluarga dan penyokong Datuk Seri Anwar, media tempatan dan asing juga memenuhi setiap ruang di mahkamah itu yang terletak di tingkat lima Kompleks Mahkamah Jalan Duta.


Anwar,64, dihadapkan ke mahkamah pada 7 Ogos 2008 atas tuduhan melliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, dalam apa yang disifatkan sebagai antara kes jenayah paling lama dibicarakan di mahkamah.



Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.


KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (empat kiri) ditemani isterinya Datin Seri Wan Azizah (tiga kiri) dan ahli PKR keluar dari rumahnya menuju ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur.






Gambar dari metro onlinePolisDirajaMalaysiaSinarHarianbhonline,Mazidul

Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar,tiada perkara buruk akan berlaku. Keputusan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diupdate nanti.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat.

Video & Gambar Sekitar Perhimpunan 901-Kompleks Mahkamah Video & Gambar Sekitar Perhimpunan 901-Kompleks Mahkamah Reviewed by Admin on 5:26:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.