Wardina yang memaklumkan mengenai kejadian yang disifatkan pengalaman menakutkan itu melalui laman peminat Facebook dan Twitternya berkata, tiga lelaki disyaki warga Indonesia itu memukul suaminya serta melarikan lima komputer bimbit dari kediamannya.
Beliau yang terpaksa meminjam komputer bimbit jiran untuk berkomunikasi berkata, dia bersama anak-anak juga terpaksa bersembunyi di bawah selimut ketika kejadian kira-kira jam 3 pagi tadi, kerana bimbang dicederakan penjenayah terbabit.
"It was very scary seing 3 masked men carrying tongkat & parang in our house..was hiding under the blanket with kids (Ia sungguh menakutkan melihat tiga lelaki bertopeng dengan membawa tongkat dan parang dalam rumah kami...(saya) bersembunyi di bawah selimut bersama anak-anak), takut sangat Ya Allah," tweetnya kira-kira jam 5 pagi tadi.
Menurut Wardina, perompak terbabit melarikan beg berisi dokumen penting dan meminta orang ramai yang melihat kumpulan lelaki yang disyaki terbabit di sekitar Bukit Antarabangsa dan Ampang supaya melaporkan kepada polis.
Katanya, anggota polis juga sampai ke rumahnya untuk siasatan.
"Tolong hati-hati sekarang musim pencuri masuk rumah nak CNY (Tahun baru Cina) ni. Tengah redhakan hati..but we are very disturbed indeeed (tetapi kami amat terganggu)," tweetnya lagi.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, suaminya Ikhwan Johari, 37, turut dipukul dan diikat oleh tiga penyamun warga asing yang melarikan dua laptop, empat telefon bimbit dan satu iPad serta wang tunai.
Ketika kejadian Wardina berada dirumahnya bersama suami dan tiga anak serta dua saudara. Jumlah kerugian dianggarkan RM20,000.
LamanKongsi: sabo jelah, ssungguhnye Allah tidak akan sekali-kali menguji sseorang diluar kemampuannya :)
Wardina Dirompak Lelaki Bertopeng
Reviewed by Admin
on
9:07:00 PTG
Rating: