Wardina Kecewa Didakwa Raih Simpati



KUALA LUMPUR: “Saya sedih, kecewa…semua ada. Kenapa ada orang sanggup menuduh saya berlakon dan meraih simpati sedangkan rumah saya benar-benar dimasuki perompak,” kata pelakon dan pengacara, Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32.

Beliau kecewa selepas difitnah penulis blog tempatan yang menuduhnya sengaja mengada-adakan cerita mengenai rompakan di rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini, 12 Januari lalu.

Katanya, tuduhan dilemparkan tidak benar, malah laporan polis dibuatnya seolah-olah dianggap palsu.

“Saya mahu penulis blog menarik balik kenyataan berbaur fitnah itu. Jika tidak, saya ‘must do something’,” katanya.

Menurutnya, dia tidak meraih simpati mana-mana pihak sejurus rumahnya dimasuki perompak, tetapi laporan akhbar, laporan polis dan kenyataan yang ditulisnya di Twitter adalah sebagai peringatan dan pengajaran supaya masyarakat sekeliling lebih berhati-hati mengawasi rumah mereka.

“Saya berkongsi pengalaman rumah dirompak bukan meraih simpati. Ini musibah bukannya cerita rekaan atau diada-adakan,” katanya.

Menurutnya, dia pelik dengan sikap manusia menjatuhkan orang lain dan melemparkan fitnah tanpa soal periksa.

“Orang yang bijak boleh berfikir mana yang betul atau sebaliknya. Rasa seperti mahu menangis difitnah sebegini, kecewa semua ada. Kenapa perlu lakukan ini semua, saya bukan orang jahat, sebaliknya orang yang dianiaya. “Saya mengetahui fitnah itu dua atau tiga hari lalu. Pada mulanya saya tidak ambil endah, tetapi selepas membacanya sendiri saya rasa perkara itu begitu serius yang mengaibkan saya,” katanya.
sumber

Wardina Kecewa Didakwa Raih Simpati Wardina Kecewa Didakwa Raih Simpati Reviewed by Admin on 9:30:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.