Keadaan Brunei Kini Selepas 2 Tahun Melaksanakan Hukum Islam



BRUNEI Darussalam adalah negara pertama melaksanakan hukum hudud di rantau Asia Tenggara. Ia mula berkuat kuasa pada 1 Mei 2014 secara berperingkat.

Pengumuman Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada awal 2014 itu mendapat sokongan penuh daripada penduduk Islam. Sungguhpun mendapat kritikan daripada Pertubuhan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kerajaan Brunei tetap tegas dengan pendirian untuk melaksanakan hukum Islam itu yang turut dikuatkuasakan ke atas rakyat bukan Islam.

Hampir 70 peratus daripada 420,000 rakyat negara itu adalah penduduk Islam manakala kira-kira 11 peratus adalah bukan Islam.

Wartawan Sin Chew Jit Poh yang melakukan tinjauan ke negara pengeluar minyak itu, khasnya mengenai kesan hukum hudud terhadap kehidupan masyarakat Cina di sana.

Wartawan akhbar ini melaporkan, sewaktu Ramadan, rakyat bukan Islam (termasuk pelancong asing) dikatakan turut dikenakan tindakan jika makan, minum mahupun merokok di kawasan khalayak ramai. Setiap pesalah akan dikenakan hukuman denda tidak lebih 4,000 dollar Brunei, penjara tidak melebihi setahun ataupun kedua-duanya.

Menurut seorang pengusaha restoran Cina, Ramadan jelas menjejaskan perniagaannya setelah hukum hudud dilaksanakan dua tahun lalu.

"Pada Ramadan tahun ini, perniagaan saya merosot sehingga 80 peratus, lebih teruk berbanding tahun lalu. Ini adalah kerana kemungkinan pada tahun lalu, terdapat ramai pelancong yang datang melancong ke Brunei disebabkan mereka tidak sedar hukum hudud telah pun dilaksanakan di sini," kata pengusaha restoran ini.

Katanya, sepanjang bulan puasa, semua pelanggan sama ada Islam atau bukan Islam tidak dibenarkan makan pada waktu siang, tetapi cuma boleh membeli secara bungkus sahaja.

"Ramai orang telah didenda. Sesiapa sahaja boleh ambil gambar dan mengadu jika didapati ada orang makan atau minum di dalam restoran," katanya.

Selain tidak dibenarkan jual makanan dan minuman di bulan puasa, satu lagi undang-undang Islam yang dikuat kuasakan terhadap semua pekedai ialah tidak dibenarkan menjalankan perniagaan pada waktu solat Jumaat.

Kerajaan Brunei telah pun menetapkan setiap Jumaat, semua pejabat kerajaan, swasta, restoran dan gedung perniagaan diwajibkan rehat dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang, bagi memudahkan umat Islam menunaikan solat Jumaat di masjid.

Akhbar ini berpendapat, ini jelas menyukarkan di kalangan bukan Islam untuk menjamu selera di restoran pada waktu berkenaan.

Apa yang dilihat oleh wartawan ini ialah pada jam 11 pagi setiap Jumaat, ramai orang telah mula berkunjung ke kedai makan untuk membungkus makanan tengah hari mereka.

Dan tepat jam 12 tengah hari, semua kedai dan pejabat mula menutup pintu, manakala aliran kenderaan di jalan raya mulai berkurangan sehinggalah jam 1 petang, kelihatan tidak ramai orang berada di jalan-jalan utama di Bandar Seri Begawan.

Bagi rakyat bukan Islam di Brunei, mereka perlu berpakaian sopan ketika berada di kawasan khalayak ramai. Selain itu, mereka tidak dibenarkan minum minuman keras secara terbuka. Sesiapa yang melanggar undang-undang ini akan dikenakan hukuman yang setimpal.

Sejak pelaksanaan hukum hudud, memang tidak dinafikan ia membawa kesan yang ketara terhadap rakyat bukan Islam di Brunei. Sebagai contoh, kerajaan Brunei secara rasmi melarang perayaan Hari Natal diraikan di tempat awam termasuk juga melarang mengucapkan 'Selamat Hari Natal' dan mengenakan pakaian Santa Claus oleh kalangan Muslim.

Bagi penganut Kristian, mereka tidak dibenarkan menyambut perayaan itu secara terbuka.

Begitu juga dengan Tahun Baharu Cina, turut menerima sekatan yang terbaru apabila mulai tahun ini, semua persembahan tarian singa hanya dibenarkan diadakan selama tiga hari, iaitu tiga hari pertama perayaan. Manakala persembahan hanya dibenarkan diadakan di tiga lokasi sahaja, iaitu di tokong, sekolah dan rumah milik ahli persatuan Cina.

Dari segi pendidikan di sekolah, sejak 1984, Brunei memperkenalkan pendidikan dwibahasa bagi menjamin pelajar berkebolehan dalam menguasai kedua-dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Sekolah-sekolah Cina (sekolah rendah dan sekolah menengah) turut diwujudkan. Bagaimana pun, selain mengikuti kelas Mandarin, murid-murid sekolah rendah dan menengah Cina turut diwajibkan belajar tulis jawi.

Difahamkan, pelajaran tulisan jawi baru dikuatkuasakan di sekolah-sekolah Cina beberapa tahun lalu.


sumber

----------------------------------------

Baru sahaja hantar 1 keluarga dari Brunei di KLIA. Suami pencen guru dan isteri masih mengajar. Anak pula adalah penerbit di sebuah stesen radio di Brunei.

Dalam perjalanan saya banyak bertanya tentang Brunei dan melihat profession mereka, pastinya info yang diterima adalah 1st hand dan reliable dan bukannya backhand atau smash di tengah gelanggang.

Mengenai ​Hudud​, katanya masa peringkat awal memang ada sedikit bantahan dari non-muslim tapi tak teruk mana berbanding bantahan dari luar.

Yang tak duduk Brunei pulak yang bantah lebih2 sehingga memboikot hotel2 di luar negara.

Semasa awal perlaksanaan, ada non muslim dan pelancong yang sampai pakai habis tutup litup segala badan kerana takutkan hudud. Tapi lama kelamaan, semua dah faham dan masing2 amalkan apa yang mereka amal sebelum ini dgn cara mereka. Hanya yang beragama Islam sahaja yang dikuatkuasakan.

Alhamdulillah, jenayah di Brunei hampir sifar terutama dari orang Islam disana. Semua pihak dah faham dan tak rasa apa2 perbezaan selagi tak buat jenayah. Boikot di seluruh dunia pun dan tak berlaku dan business as usual.

Sebenarnya, perlaksanaan Hudud ini dah dirancang sejak zaman ​Pengiran Begawan Omar Ali​ lagi, bukan tahun lepas. Pendidikan agama menyeluruh dilaksanakan lama sebelum ini. Satu matapelajaran diwujudkan disekolah untuk mendidik

SEMUA rakyat Brunei mengenai Islam, agama dan kesultanan. Ia adalah subject wajib. Lama dah laksanakan subject ni hinggalah semua dah ready, barulah perlaksanaan Hudud dibuat. Itu sebab rakyat Brunei tak bantah sbb mereka dah dididik jauh lebih awal. Yang bantah bagai nak gila adalah mereka yang tak dapat pendidikan di Brunei.

Info ni dari kedua2 suami isteri guru warga Brunei, bukan pelancung Amerika atau Ostolia.

Rasuah. Apabila saya tanya hal rasuah, agak lama nak jawab.

Sebabnya, di Brunei memang hampir tiada rasuah. Tiada chance nak jolok2 pegawai kerajaan atau menteri2. Tak wujud menteri2 beri jobs pada kroni2 nya.

Semua menteri dilantik sultan maka sultan berhak untuk pecat tanpa banyak soal dan tak boleh dibawa ke mahkamah untuk reinstatement.

Malah, adiknya sendiri pun dipecat dari menteri dan didakwa. Tiada pilih kasih atau kasihan.

Cukai.
Di Brunei masih lagi tiada dikenakan cukai pendapatan dan cukai pintu mahupun GST atau Service Tax.

Satu2nya cukai yang dibayar hanya cukai jalan bg yang owner kenderaan dan ianya masih murah dan cukai tanah yang sangat minimal.

Perubatan juga adalah sangat murah dimana rakyat dikenakan hanya RB1.00 untuk jumpa doktor dan segala ubatan percuma. Kos sekolah di Brunei hanya RB30 setahun dan lain2 dibantu sepenuhnya. Untuk warga asing, hanya RB15 sebulan. Kos lain akan ditanggung dari saku Sultan sendiri.

Kebajikan Rakyat: Sultan Brunei sangat ambil berat kebajikan rakyatnya. Sultan tidak memerlukan undi rakyat tapi Sultan Hasanal Bolkiah sangat dikasihi rakyatnya. Antaranya ialah semua kakitangan kerajaan akan diberi RB120 setiap bulan on top of gaji mereka.

Pemberian ini adalah dari poket Sultan sendiri dan sikitpun tak usik wang kerajaan dan diberi samarata kepada ​SEMUA​ kakitangan. Setiap Ramadan atau pembukaan sekolah, sesiapa memerlukan bantuan, boleh hubungi istana untuk dapatkan bantuan Sultan.

Sultan sendiri akan membayar apa keperluan yang dipohon dan juga dari wangnya sendiri, bukan wang kerajaan.

Bulan Ramadan, Istana dibuka untuk rakyat berbuka dan bersolat jemaah. Makanan disediakan setiap hari. Semasa Aidil Fitri, semua kerabat diraja akan bertemu dengan rakyat sepanjang hari dan akan terima duit raya.

Di Brunei masih tiada parti politik dan pilihanraya. Sultan adalah ketua kerajaan mutlak. Rakan saya itu tak tahu nak cerita hal2 politik kerana tak biasa. Sultan lantik sendiri semua menteri2nya dan jika ada aduan dari rakyat dan ada bukti jelas salahlaku atau mismanagement, menteri akan dipecat terus. Namun, amat jarang berlaku kerana jika menteri tak amanah bermakna menteri derhaka kepada Sultan dan berdosa kepada Allah.

Sultan tidak akan gunakan khidmat orang yang berdosa. Maka menteri2 akan takut kemurkaan Sultan kerana ia amat mengaibkan diri dan family.

Haji: Buat masa ini, hanya 400 sahaja visa haji dikeluarkan Kerajaan Saudi kepada rakyat Brunei setiap musim haji. Sebelum ini seramai 4,000 setiap musim. Ini kerana renovation di Mekah. Sultan tidak akan sekali2 gunakan kuasanya sebagai Sultan untuk dapatkan kuota tambahan dari Kerajaan Arab Saudi walau Sultan Brunei adalah pembayar segala bill elektrik Masjidil Haram dan Nabawi dan ia bukan wang kerajaannya.

Sebaliknya ia adalah wangnya sendiri. Dia tak sewenang2nya gunakan wang kerajaan. Baginya wang kerajaan adalah untuk rakyat dan wangnya juga dikongsikan bersama rakyat.

Sultan Brunei amat patuh kepada agama Islam dan mahukan rakyatnya juga lakukan yang sama. Semua rakyat Brunei di didik mengenai Islam dan pemerintahan Islam namun yang bukan Islam bebas amalkan apa yang mereka amalkan selama ini dan dihormati. Sultan juga mahukan non Muslim hormat agama Islam.

Mereka juga menambah bahawa Brunei sedang mereformasikan ekonominya dgn mempelbagaikan punca ekonomi mereka dan tidak lagi berharapkan kepada minyak semata2. Mereka mulakan dengan pertanian dan padi Laila jadi usaha baru mereka sekarang.
Rakyat dan expatriat tidak hadapi masalah tinggal di Brunei.

Yang selalu tak gembira di Brunei hanyalah yang kaki hiburan kerana disana memang tiada hiburan seperti pelacuran atau Zouk. Namun, hiburan bentuk keluarga memang ada.

Allahu Akbar


Keadaan Brunei Kini Selepas 2 Tahun Melaksanakan Hukum Islam Keadaan Brunei Kini Selepas 2 Tahun Melaksanakan Hukum Islam Reviewed by Admin on 9:38:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.