McDonald Akan Beri 200,000 Burger Secara Percuma Isnin Ini



Aku tulis artikel ni bukan nak promote atau mengalu-alukan rakyat Malaysia ke McDonald untuk dapat burger free, tapi peringatan kepada semua supaya jangan tertipu dengan helah Israel yang sedang cuba mempengaruhi kita semua. Tujuannya tak lain tak bukan nak ambil hati kita orang Malaysia, jangan terperangkap ye. Di saat kita nak pergi tu, cuba ingat penderitaan saudara islam kita di Gaza yang telah dibunuh, disembelih dengan kejam oleh puak Israel di sana. Bayangkan kalau perkara itu terjadi kepada ahli keluarga kita sendiri.

Berikut petikan Mstar Online:

PETALING JAYA: McDonald Malaysia akan memberikan 200,000 buger 'Egg McMufin'secara percuma Isnin ini.
Dikenali sebaga 'McDonald Breakfast Day',semua cawangannya seluruh negara akan memberikan burger 'Egg McMufin' secara percuma kepada 1,000 pelanggan pertamanya.
Pengarah Urusan McDonald, Sarah Casanova berkata inisiatif tersebut diperkenalkan sebagai langkah memberitahu masyarakat kepentingan mengambil sarapan pagi yang berkhasiat. 
“Dengan tawaran rakyat Malaysia bersarapan bersama kami, kita mahu memulakan langkah bagi mengalakkan masyarakat untuk mengambil sarapan yang berkhasiat untuk lebih cergas pada waktu pagi,” kata Casanova yang juga Pengurus McDonald Wilayah Malaysia dan Singapura dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurut McDonald Malaysia, burger 'Egg McMuffin' diperbuat daripada telur segar daripada ladang bersama dengan keju keemasan serta disaluti hirisan daging disertakan dengan mufin segar.
Bagi 1,000 pelanggan pertama di 215 cawangan McDonaland seluruh negara, termasuk di Genting Highlands dan lapangan terbang, mereka akan mendapat burger percuma bermula pada pukul 7 pagi hingga 10 pagi selagi stok masih ada.
Hanya satu 'Egg McMufin' bagi setiap pelanggan yang datang sendiri ke cawangan, bawa pulang mahupun pembelian secara penghantaran ke rumah.
Untuk maklumat lanjut mengenai 'McDonald Breakfast Day' anda boleh melayari laman web, www.mcdonalds.com.my.

p/s; Ingat ye jangan terpedaya ;)

McDonald Akan Beri 200,000 Burger Secara Percuma Isnin Ini McDonald Akan Beri 200,000 Burger Secara Percuma Isnin Ini Reviewed by Admin on 11:06:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.