Paris Hilton Dikecam Keras Kerana Buka Kedai Di Mekah



Menurut laporan Huffington Post, pemilik jenama tas tangan dan aksesori Paris Hilton itu dianggap akan mengganggu konsentrasi urusan ibadah umat Islam.

Dalam masa yang sama Paris memiliki latar belakang kurang elok sebagai pelaku video porno yang dilihat memberi gambaran buruk terhadap kota yang dikunjungi umat Islam itu.

“Seronoknya, kedai baru ku yang cantik kini dibuka di pusatbeli belah Mekah, Arab Saudi,” kata Paris menerusi entri Twitter miliknya.

Kegembiraan Paris menyampaikan berita itu terbantut apabila ramai yang memberi respons negatif.

“Jadi Paris Hilton buka kedai di Mekah? Dunia benar-benar sudah teruk. Tolong hantar saja saya ke planet Marikh,” kata salah satu pengguna Twitter yang menyindirnya.

-mstar-

Paris Hilton Dikecam Keras Kerana Buka Kedai Di Mekah Paris Hilton Dikecam Keras Kerana Buka Kedai Di Mekah  Reviewed by Admin on 10:48:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.