Bayi Malang Ini Dilahirkan Dengan Kecacatan Yang Sangat Aneh



Meski pun dilahirkan secara normal dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan semasa dalam kandungan, seorang bayi di sini ternyata tidak sempurna seperti yang disangka oleh kedua ibu bapanya. Anak ke-11 pasangan suami isteri, Rimawi, 40, dan Sanidah, 44, dilahirkan tanpa lubang dubur sehingga menyebabkan bayi malang itu terpaksa membuang najis mengikut mulut. Lebih malang lagi, Rimawi berkata, penderitaan yang ditanggung oleh anaknya itu kurang mendapat perhatian daripada pihak berwajib bagi merawat bayi tersebut.

"Sejak beberapa hari lalu, bayi kami mengeluarkan najis melalui mulutnya dan saya membawa dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan. "Sedih hati saya apabila dimaklumkan bayi kami tidak mempunyai lubang dubur," katanya kepada beritajatim.com. Sementara bayinya dirawat di Hospital Sampang, Rimawi mengaku dia kecewa dengan pihak hospital yang tidak boleh melakukan pembedahan terhadap anaknya kerana kekurangan alat dan tenaga pekerja.

Hal itu menyebabkan kes anaknya dirujuk ke Hospital Surabaya bagi tindakan lanjut. "Saya berharap pihak kerajaan dapat membantu kos pembedahan anak saya," katanya. Doktor di Hospital Sampang, Diana berkata, keadaan fizikal bayi seberat 2.07 kilogram ketika dilahirkan adalah baik, namun lubang duburnya tertutup akibat lebihan kulit. "Bentuk punggung bayi itu ada, tetapi lubang duburnya tertutup dengan kulit dan perlu dibedah," katanya. - AGENSI

Bayi Malang Ini Dilahirkan Dengan Kecacatan Yang Sangat Aneh Bayi Malang Ini Dilahirkan Dengan Kecacatan Yang Sangat Aneh Reviewed by Admin on 10:05:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.