Kisah Sebenar Pelajar Makan Di Tandas Ketika Bulan Ramadhan



Beberapa blog telah menyiarkan gambar yang memaparkan kononya pelajar bukan islam makan di dalam bilik air.

Berita itu kini tersebar luas di media sosial.

"Gambar dirakamkan oleh keluarga pelajar itu kini tersebar di internet BUKAN bilik air tetapi BILIK PERSALINAN telah dinaiktaraf oleh pihak sekolah. Bilik sama dilengkapkan dengan dua meja serta beberapa sinki untuk memudahkan pelajar bukan beragama Islam membasuh tangan mereka," ujar sumber.

"Mengapakah mereka tidak makan di kantin?," soal saya.

"Kantin sekolah ditutup sejak hari pertama bulan Ramadan kerana kerja menggantikan pintu kayu dengan pintu kaca. Pihak pengurusan sekolah bimbang jika dalam proses pembinaan itu, mungkin pelajar menggunakan kantin akan tercedera," jawabnya.

Saya difahamkan, selain pelajar Melayu, Sekolah Rendah Kebangsaan, SRK Seri Pristana, mempunyai 23 pelajar berketurunan India dan 3 Cina. Sekolah terbabit terletak berhampiran Penjara Sungai Buloh, Selangor.



Diolah dari: mazidulakmal.com

Kisah Sebenar Pelajar Makan Di Tandas Ketika Bulan Ramadhan Kisah Sebenar Pelajar Makan Di Tandas Ketika Bulan Ramadhan Reviewed by Admin on 8:58:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.