Gempar! Bayi Berusia 12 Hari Mati Dipanggang



Beijing: Seorang bayi yang baru lahir didakwa maut ‘dipanggang’ dalam inkubator di sebuah hospital di China semalam.

Gambar bayi berusia 12 hari itu terdedah kepada umum selepas ia beredar di kalangan pengguna Weibo, sejenis laman sosial menyerupai Twitter.

Melalui gambar itu bayi berkenaan dilihat terbaring dalam keadaan tertiarap di atas cadar putih di atas sebuah meja.

Belakang dan kakinya kelihatan keperangan dan merah akibat kepanasan.

Beberapa kakitangan hospital berada di sekeliling meja itu dengan sesetengahnya mengambil gambar bayi malang itu.

Disebabkan keadaan imej itu sangat mengerikan laman sesawang dalam talian yang memperoleh gambar itu mengaburkan kebanyakan butirannya.

Menurut laporan media bayi terbabit terbunuh dalam “kemalangan ngeri” di Hospital Kanak-kanak Quanzhou di wilayah Fujian, tenggara China.

Beijingcream.com melaporkan bayi malang itu diletakkan dalam inkubator sejak kelmarin kerana mengalami selesema.

Bagaimanapun suhu dalam inkubator itu terlalu panas menyebabkan bayi terbabit akhirnya meninggal dunia.

Media juga melaporkan semua rakaman kamera litar tertutup pada malam itu dipadamkan.

Pihak hospital juga enggan mengambil tanggungjawab atas kemalangan itu. - Agensi

Gempar! Bayi Berusia 12 Hari Mati Dipanggang Gempar! Bayi Berusia 12 Hari Mati Dipanggang Reviewed by Admin on 11:57:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.