Gambar Abby Abadi Buka Puasa Bersama Keluarga Mertua



Semua sedia maklum, Abby Abadi telah pun selamat bernikah dengan jejaka pilihannya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24 pada 9 Julai lalu dan sempena bulan Ramadhan ini, Abby telah mengambil peluang yang ada untuk berkenalan serta berbuka puasa bersama keluarga mertuanya di Tumpat , Kelantan sekitar minggu lalu.


Dalam pada itu, menerusi laman Instagram milik Abby Abadi, dia telah sempat memuat naik beberapa foto indah sewaktu berbuka puasa bersama keluarga mertuanya

Selain berpeluang berbuka puasa bersama keluarga mertua di Kelantan, nampaknya Abby turut berkesempatan untuk berjumpa dengan pemimpin negeri tersebut, Tuan Guru Nik Aziz bagi memohon keberkatan serta doa agar rumah tangga yang dibina bersama Farhan akan terus berkekalan.


Namun begitu, niat Abby telah dipertikaikan oleh segelintir peminatnya, di mana ada yang beranggapan lebih baik sekiranya dia memohon restu daripada ibu bapa berbanding pemimpn tersebut.

"Mohon keberkatan & doa dr TGNA & Isteri agar hubungan kami suami/isteri berkekalan & bahagia hingga ke akhirnya.. Aminnn! Tq ALLAH atas kesempatan ini ?"

"Ulama kan pewaris Nabi, apa salahnya saya mohon doa dan keberkatan dari mereka? Jauh beza TGNA dengan Pimpinan kerajaan yang korg agung2 kan tu..

Apa pun, diharapkan agar rumah tangga Abby bersama Farhan akan terus berkekalan.

Sumber: Oh!Bulan

Gambar Abby Abadi Buka Puasa Bersama Keluarga Mertua Gambar Abby Abadi Buka Puasa Bersama Keluarga Mertua Reviewed by Admin on 9:20:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.