Akhirnya Ada Pihak Mengaku Menyebabkan Kebakaran di Israel, Boleh Percaya Ke Ni?



HAIFA - ISRAEL. Sebuah kumpulan militan Palestin yang bersekutu dengan al-Qaeda mendakwa mereka bertanggungjawab di atas kebakaran di negeri tersebut yang memaksa lebih 80,000 rakyatnya meninggalkan rumah mereka lapor Dailymail.

Kumpulan Salafi Palestin Ma’sadat al-Mujahideen mengakui terlibat dengan kebakaran di bandar ketiga terbesar Israel. Polis menahan 12 orang yang mempunyai kaitan dengan insiden tersebut.

Setakat ini kebakaran adalah terkawal namun polis memberi amaran meminta agar rakyat bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Wakil Yayasan Jamestown yang mengawasi pengganas memberitahu The Independent mengatakan dakwaan kumpulan Ma’sadat al-Mujahideen itu turut mengundang persoalan.

“Walaupun tuntutan yang dibuat oleh kumpulan tersebut menimbulkan persoalan, bagaimanapun, daripada rekod sedia ada menunjukkan mereka sering menggunakan api sebagai senjata jihad.

“Terdapat satu lagi kumpulan yang dikenali sebagai Gabungan Belia Intifada turut mengaku bertanggungjawab terhadap kebakaran ini pada Khamis lalu,” katanya.

Pada masa ini, penduduk yang dipindahkan dari rumah mereka tidak dibenarkan untuk kembali ke rumah mereka.

Sementara itu, Perdana Menteri Isreal, Benjamin Netanyahu mengatakan bahawa kebakaran ini berpunca daripada perbuatan khianat dan mendakwa orang-orang terlibat adalah bersifat pengganas.

Beberapa orang rakyat Palestin ditahan dalam cubaan menyalakan api berhampiran penempatan Israe di Kochav Yaakov di Tebing Barat manakala seorang lagi lelaki ditangkap di bawah tuduhan menghasut selepas menyiarkan mesej hasutan di laman Facebook.

Sumber: Sinarharian.com.my

Akhirnya Ada Pihak Mengaku Menyebabkan Kebakaran di Israel, Boleh Percaya Ke Ni? Akhirnya Ada Pihak Mengaku Menyebabkan Kebakaran di Israel, Boleh Percaya Ke Ni? Reviewed by Admin on 10:49:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.