Pada zaman dahulu sering terjadi peperangan antara suku atau kerajan mereka masing-masing mempertahankan kekuasaan atau malah ingin merebut kekuasan untuk menambah luas kekuasaan, pada zaman dahulu juga mereka mengunakan senjata-senjata yang tradisional alias kuno, tetapi biarpun senjata yang digunakan kuno, 10 senjata ini ini sangat berbahaya.
1. Panah Berapi Sederhana namun berkesan, anak panah berapi telah digunakan di seluruh dunia dalam peperangan untuk menghancurkan kekuatan musuh. Pemanah akan menghantar hujan anak panah berapi untuk menghancurkan sebuah bandar musuh hanya dalam beberapa minit.2. Katana adalah salah satu jenis pedang yang paling terkenal dan berbahaya dari pedang yang pernah dibuat oleh Jepun dengan kemampuan memotong yang tidak diragukan lagi. Sedikit melengkung, dengan pegangan panjang untuk dua tangan, pedang ini sering digunakan oleh para samurai semasa feudal Jepun, dan sering disebut sebagai "Pedang Samurai".
3. Greek Fire (Api Greek) Empayar Byzantine telah membekalkan pasukan angkatan lautnya dengan senjata pembakar yang siap membakar musuh. Senjata ini sangat berkesan untuk membakar dan menenggelamkan kapal lawan. Bahkan, Byzantine mampu menangkis pasukan Muslim dengan senjata ini dalam 672 Masihi.
4. Ballista Senjata ini sering dikenali sebagai panah automatik bersaiz besar. Berbeza dengan mangonel yang digunakan untuk menghayunkan benda ke udara, ballista ini digunakan untuk melemparkan panah besar yang boleh merobek barisan tentera, atau menerobos benteng musuh. Senjata ini sangat tepat dan boleh mensasarkan target lebih dari 500 meter jauhnya dan boleh memberikan kerosakan besar.
5. Mangonel Ini adalah senjata pengepungan dalam peperangan, dan telah digunakan sejak awal masa Yunani kuno. Senjata yang berproyektil besar dan mampu melemparkan benda apapu, termasuk batu-batu besar, mayat berpenyakitan, mahupun panah. Mangonel cukup berkesan sebagai senjata pengepungan, bahkan dalam Perang Dunia I, tentera Perancis menggunakan mangonel moden untuk melemparkan bom tangan pada musuh.
6. Spartan Hoplon Shield Terbuat dari kayu, dan kadang-kadang dilapisi dengan gangsa, senjata ini mampu menjadi perisai dengan kemampuan berlangsung yang besar dan mampu menahan hampir semua senjata musuh.Selain itu, berat dan besar perisai ini membuatnya menjadi senjata ampuh yang dengan mudah merobohkan lawan yang disertai dengan pukulan dan tusukan sebagai finishing. Musuh memang tidak boleh melihat perisai ini yang kelihatan sederhana sebagai sebuah ancaman, tetapi jangan salah, dengan tepi yang tipis dan reka bentuk yang keras dapat melumpuhkan lawan dengan mudah.
7. Dead Bodies Senjata ini dikenali menakutkan walaupun tidak menyebabkan kerosakan fizikal, dengan melemparkan mayat ke kawasan musuh yang bertujuan untuk menimbulkan ketakutan dihati para musuh. Yang lebih mengerikan, mayat-mayat yang dilempar ini adalah mayat yang berpenyakitan dan boleh menyebarkan penyakit ke kawasan lawan. Senjata ini boleh digunakan untuk melemahkan psikologi dan biologi lawan.
8. Shuriken Kecil tapi mematikan, Shuriken adalah senjata untuk menyerang titik-titik lemah lawan seperti leher, tangan, pergelangan tangan, kaki, dan kawasan sensitif. Senjata Jepun kuno ini sebenarnya tidak hanya digunakan oleh ninja, tetapi juga oleh samurai.Walaupun kemampuan untuk melukai sangat tinggi, tetapi senjata ini digunakan sebagai senjata sekunder. Senjata ini mudah untuk disembunyikan dan boleh dilempar dengan kelajuan tinggi.
9. Spear Salah satu senjata yang tertua dalam sejarah dunia adalah tombak yang pertama kali digunakan untuk memburu lebih dari 400.000 tahun yang lalu. Manusia lalu menyedari bahawa senjata ini berpotensi untuk membunuh dan kemudian mula digunakan sebagai senjata dasar dalam pertempuran. Dari zamanYunani kuno ke Zaman Pertengahan Jepun, senjata ini telah digunakan untuk pertempuran. Daya dorong senjata ini tak tertandingi dan boleh dilemparkan pada jarak yang jauh untuk melumpuhkan musuh.
10. Flail Bola berduri ini memang menakutkan dan digunakan selama abad pertengahan dan dipercayai sebagai senjata yang tepat dan mematikan dalam pertempuran. Senjata ini memang boleh membuat lawan gementar, selain boleh digunakan untuk perlawanan jarak dekat, senjata ini juga boleh digunakan untuk perlawanan jarak jauh dengan melemparkan bola ini ke arah musuh.
1. Panah Berapi Sederhana namun berkesan, anak panah berapi telah digunakan di seluruh dunia dalam peperangan untuk menghancurkan kekuatan musuh. Pemanah akan menghantar hujan anak panah berapi untuk menghancurkan sebuah bandar musuh hanya dalam beberapa minit.2. Katana adalah salah satu jenis pedang yang paling terkenal dan berbahaya dari pedang yang pernah dibuat oleh Jepun dengan kemampuan memotong yang tidak diragukan lagi. Sedikit melengkung, dengan pegangan panjang untuk dua tangan, pedang ini sering digunakan oleh para samurai semasa feudal Jepun, dan sering disebut sebagai "Pedang Samurai".
10 Senjata Kuno Paling Berbahaya
Reviewed by Admin
on
8:01:00 PG
Rating: