Amaran Tsunami Ditarik Balik Sekitar Lautan Hindi



BANDA ACEH: Amaran tsunami yang dikeluarkan di sekitar Lautan Hindi ditarik balik beberapa jam selepas dua gempa bumi kuat menggegarkan perairan barat Indonesia. 

Gempa bumi berukuran 8.6 dan 8.2 magnitud mencetuskan cemas petang tadi.

Penduduk di kawasan bandar persisiran pantai menyelamatkan diri ke tempat tinggi dengan menaiki kereta dan menunggang motosikal.

Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menarik balik pemantauan tsunami bagi kebanyakan kawasan di Lautan Hindi beberapa jam selepas gempa bumi pertama. 

Bagaimanapun amaran tsunami masih dikekalkan di Indonesia, India, Maldives, Sri Lanka dan Kepulauan Diego Garcia. 

Kemusnahan besar atau ombak tsunami tidak dilaporkan setakat ini. - AP

Amaran Tsunami Ditarik Balik Sekitar Lautan Hindi Amaran Tsunami Ditarik Balik Sekitar Lautan Hindi Reviewed by Admin on 9:30:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.