Dua Wanita Saudi Dikecam Sebab Pakai Purdah



Polis melakukan penyelidikan, selepas dua wanita asal Arab Saudi dikecam secara perkauman di Norwich England, kerana mengenakan tudung dan purdah.

Wanita Arab itu sedang belajar di kelas bahasa Inggeris di sebuah sekolah bahasa di Tombland. Mereka mengatakan sekarang sangat takut untuk berjalan-jalan di bandar akibat serangan perkauman itu.

Sementara itu, pengarah sekolah Roni Snell mengaku "terkejut" atas insiden yang berlaku di pusat bandar Debenham bulan lalu.

"Saya terkejut dan malu. Kami mempunyai ramai warga Arab Saudi yang datang untuk belajar bersama kami. Kerajaan Saudi membiayai pengajian mereka, dan banyak mahasiswa yang tinggal bersama 250 keluarga yang lain. Ini mamat menakutkan bagi sebahagian minoriti, kerana wanita-wanita mereka telah didera."

"Padahal ekonomi Norwich mendapat keuntungan besar atas datangnya para pelajar asing tersebut, dan kami seharusnya melayan mereka sebagai tetamu," tambah Roni Snell.

Salah satu wanita, Ameera Al Busafar 28 mengatakan: "Kami sedang pergi bersama untuk makan tengah hari di Debenham. Kemudian ada lelaki tua yang menuding jari ke wajahku dan bertanya mengapa saya mengenakan jilbab saya. Lalu dia berkata, 'anda sekarang berada di England, sekarang lepaskan jilbab anda.'"

Wanita lain, Amal Albuliaihi 26 yang memiliki dua anak berusia empat dan satu tahun menambahkan, selain lelaki tua itu ada juga seorang wanita yang berteriak "BOM" kepadanya.

Sementara itu, seorang jurucakap pentadbiran di Norfolk menegaskan bahwa kejahatan perkauman itu telah dilaporkan kepada mereka, dan insiden itu terjadi pada tanggal 20 - 21 Februari lalu.

Jurucakap pentadbiran menyatakan: "Dua wanita telah dikecam secara teruk ketika mereka berjalan melalui London Street di kota.
sumber

Dua Wanita Saudi Dikecam Sebab Pakai Purdah Dua Wanita Saudi Dikecam Sebab Pakai Purdah Reviewed by Admin on 11:12:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.