Fakta Sebenar Di Sebalik Survey Pengharaman Tudung Di New Zealand



‎1) Vote ini telah dilancarkan hampir dua tahun lalu, sejak Jul 17 2010.

2) Sejak beberapa jam memerhati, bilangan vote adalah statik tidak berubah. (31438 votes). Berkemungkinan besar ianya sudahpun expired/dibekukan, justeru klik lah NO berapa banyak sekalipun ianya tetap tidak akan berubah.

3) Walaubagaimanapun, isu ini adalah real and imminent. Anda dicadangkan untuk "berkenalan" dengan Richard Prosser http://en.wikipedia.org/wiki/Richard_Prosser

4) Mengetahui dan mendalami sesuatu isu adalah WAJIB sebelum berbuat sesuatu tindakan. Adalah tidak boleh diterima akal apabila ditanya "Macam mana terjadi isu veil banning kat NZ tu?", akhirnya dijawab "Entah, diorang share survey kat yahoo, aku pun share jela". Ingat firman Allah melalui Al-Hujurat ayat 6 serta perintah Allah didalam Al-Isra' ayat 36.

5) Beberapa tahun dahulu pernah timbul isu yang sama, yang meminta umat Islam mengundi di antara Palestin dan Israel yang mana akhirnya terbongkar ianya hanyalah penipuan untuk mendapatkan wang melalui khidmat pengiklanan.

6) Saya menyeru rakan-rakan sekalian agar menjadi mukmin yang bukan hanya sensitif, tetapi teliti dalam menyemak sesuatu isu sebelum menyebarkan. Kita tidak mahu umat Islam menjadi umat yang "gullible", mudah dijentik dan kuat melatah. 
sumber

Fakta Sebenar Di Sebalik Survey Pengharaman Tudung Di New Zealand Fakta Sebenar Di Sebalik Survey Pengharaman Tudung Di New Zealand Reviewed by Admin on 8:05:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.