Sebelum ini, hanya kepah banyak terdapat di pantai berkenaan dan menjadi tumpuan penduduk serta orang dari luar Pulau Pinang yang mencari hidupan laut itu terutama pada hujung minggu.
Bagaimanapun semalam, kerang bulu dan siput hijau dikatakan muncul begitu banyak di permukaan selut hitam sedangkan ia sukar diperoleh sebelum ini.
Penduduk, Amran Alias, 40, berkata sebelum ini dia sering mencari kepah di tepi pantai dan memperoleh antara 30 hingga 40 kilogram (kg), tetapi semalam dia memperoleh hampir 70 kg.
“Keadaan selut juga berbeza berbanding sebelum ini kerana ia berwarna kehitaman selain terdapat banyak kerang bulu dan siput hijau.
“Ia fenomena luar biasa sebelum saya mendapat berita berlaku gempa bumi di Aceh kira-kira jam 4.40 petang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Susulan gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Ritcher di Aceh, penduduk Kuala Muda juga diarah berjaga-jaga dan menjauhi kawasan pantai sebagai persediaan jika berlaku ombak besar tsunami seperti pada 2004.
Pasukan keselamatan terutama polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dilihat memantau sepanjang pantai Kuala Muda dan memberi amaran kepada penduduk tidak menghampiri kawasan pantai.
Fenomena Kerang Bulu & Siput Hijau Sebelum Gempa Bumi
Reviewed by Admin
on
11:52:00 PTG
Rating: