Menurut pakar, waktu yang sesuai untuk korang menyaksikan keindahan hujan meteor ini adalah antara tengah malam dan fajar waktu tempatan. Ini disebabkan bulan baru saja muncul kembali, ini menjadikan kilasan terang Lyrid tidak akan ditenggelami oleh kilauan jiran terdekat Bumi.
Pegawai NASA menganggarkan kadar hujan meteor adalah sebanyak 15 kali dalam sejam dan ia mungkin akan jadi lebih tinggi atau lebih rendah daripada anggaran tersebut. Ini kerana Lyrid agak sukar diramal namun kadar-kadar maksimumnya adalah dari 10 hingga 100 meteor sejam.
Bagi yang tidak berpeluang melihat hujan meteor ini pada malam tersebut disebabkan langit mendung atau berawan , korang bolehlah sertai program sembang (chat) bersama para pakar dan menonton video “live streaming” secara langsung yang disediakan oleh NASA bermula dari jam 11 p.m. hingga 5 a.m.
Untuk menyertai Program sembang dan video “streaming” anda boleh ke laman diatas:
Hujan Meteor Lyrid Landa Malaysia 21 Dan 22 April Ini
Reviewed by Admin
on
6:00:00 PTG
Rating: