Inilah Hukuman Yang Dikenakan Oleh Coach Ong Kim Swee Kepada Nazmi Faiz Setelah Meludah Pemain Timor Leste



"Saya akan hantar dia pulang ke tanah air."

(KOMEN JURULATIH MALAYSIA B-23, DATUK ONG KIM SWEE)

"Saya percaya kita boleh bermain lebih baik jika beraksi 11 pemain sepanjang perlawanan. Apa yang berlaku kepada Nazmi, jika benar apa yang didakwa (dia meludah pemain lawan), saya tak boleh menerima sikap sebegini kerana ia menyukarkan pemain lain dan mengubah rentak permainan kita.


"Kita beraksi baik ketika bermain 11 pemain dan masih mampu mencipta beberapa peluang ketika beraksi 10 pemain. Tapi pada akhirnya, apabila 10 lawan 11, pasti usaha keras perlu dilakukan para pemain.

"Apa pun, saya tak kisah sangat kita hanya menang 1-0, selagi kita berjaya meraih tiga mata penuh. Itu yang lebih penting. Sudah tentu semalam Thailand dan Vietnam mencatat kemenangan besar 6-0 tetapi mereka tetap dapat tiga mata, bukannya enam mata.

"Terlalu awal untuk saya mengatakan mengenai perlawanan bertemu Vietnam. Biar kita cerita perlawanan malam ini terlebih dahulu.

"Tanpa Nazmi bertemu Vietnam, tiada masalah kerana tiada bintang dalam pasukan ini. Jika dia benar melakukan kesalahan dan digantung beberapa perlawanan, saya akan hantar dia pulang ke tanah air."

Inilah Hukuman Yang Dikenakan Oleh Coach Ong Kim Swee Kepada Nazmi Faiz Setelah Meludah Pemain Timor Leste Inilah Hukuman Yang Dikenakan Oleh Coach Ong Kim Swee Kepada Nazmi Faiz Setelah Meludah Pemain Timor Leste Reviewed by Admin on 10:20:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.