Obama Tipu Seluruh Dunia Tentang Pembunuhan Osama



Seorang wartawan yang pernah merangkul anugerah Pulitzer, Seymour Hersh mendakwa pentadbiran Barrack Obama telah menipu masyarakat dunia tentang sesetengah aspek dalam pertempuran yang membunuh Osama bin Laden pada 2011.

Menurut Hersh, tiada sebarang insiden tembak-menembak berlaku di sebuah rumah di Abbotabbad, Pakistan yang kononnya telah diserbu tentera negara Uncle Sam itu.

Ujar Hersh yang memetik satu sumber, perkhidmatan perisikan Pakistan terlebih dahulu telah mematikan sumber tenaga di kawasan rumah Osama sebelum serbuan dilakukan demi membantu pasukan SEAL.

Selain itu, Obama turut menipu dengan laporan bahawa mayat Osama telah dikebumikan di dasar laut, sebaliknya ia ditanam di Afghanistan.

Bukan itu sahaja, White House turut menggambarkan misi tersebut sebagai satu misi penting buat Amerika Syarikat.

Lantas itu, beberapa rangkaian media popular membuat liputan terhadap kes berkenaan untuk memaparkan bahawa Osama merupakan topik nasional.

– MYNEWSHUB.CC

Obama Tipu Seluruh Dunia Tentang Pembunuhan Osama Obama Tipu Seluruh Dunia Tentang Pembunuhan Osama Reviewed by Admin on 4:50:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.