Wanita Mengamuk Tendang Polis Bantuan Air Asia Di 'Aero Bridge' KLIA2



Viral dilaman sosial hari ini menunjukkan seorang penumpang wanita yang dikatakan telah mengamuk selepas ditarik dan dihalang menaiki pesawat.

Kejadian yang dikatakan berlaku di KLIA2 itu memaparkan kejadian berlaku di ruang "aero bridge" kelihatan seorang penumpang wanita meronta-ronta meminta dilepaskan oleh kakitangan AirAsia.

Wanita itu yang tidak dapat dipastikan kewarganegaraan telah mempersoalkan kakitangan terbabit mahu membawanya keluar dari ruang itu.

Bagaimanpun polis bantuan Air Asia menjelaskan dia mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Jawapan itu membuatkan wanita berkenaan enggan berganjak dan melawan dengan menarik tangannya dan juga dilihat menendang polis bantuan berkenaan.

"Saya akan saman awak! Okay?!" kata wanita berkenaan.

Bagaimanapun kenapa wanita itu ditarik tidak dapat dipastikan, yang pasti pihak keselamatan kapal terbang mempunyai sebab yang kukuh untuk bertindak sedemikian.

Takkan pihak keselamatan saja-saja menghalang wanita berkenaan. Dari pandangan video berkenaan juga menunjukkan pintu kapal terbang telah ditutup. Mungkin dia terlambat datang, sekadar tekaan.

Apapun kita tunggu jawapan rasmi daripada pihak Air Asia tentang kejadian ini. - SiakapKeli

Wanita Mengamuk Tendang Polis Bantuan Air Asia Di 'Aero Bridge' KLIA2 Wanita Mengamuk Tendang Polis Bantuan Air Asia Di 'Aero Bridge' KLIA2 Reviewed by Admin on 6:30:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.