Isu Bas Tinggal Pelajar Tahfiz: Pihak Madrasah Tahfiz Taufiqillah Cerita Perkara Sebenar




Baru-baru ini, kecoh tentang isu seorang pemandu bas kononnya telah meninggalkan sekumpulan rombongan pelajar Tahfiz Madrasah Taufiq Taufiqillah ditepi jalan selepas meminta untuk menghentikan lagu dangdut yang dipasang.

Status yang dikongsi oleh Durratun Nurin di Facebook menjadi viral dan mengkritik tindakan pemandu bas tersebut.

Selepas itu, pihak syarikat bas yang dihubungi orang ramai dan telah mengeluarkan kenyataan menerusi Whatsapp bagi pihaknya dan menceritakan apa yang berlaku. Malah mereka turut melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.



Bagi pihak Durratun Nurin pula, beliau menerusi akaun Facebooknya telah memohon maaf kepada pihak syarikat bas diatas kekasaran bahasa ketika mengeluarkan status tentang perkara tersebut.

Susulan kes pemandu bas yang didakwa meninggalkan anak-anak yatim, ini adalah penjelasan sebenar dan kedua belah pihak...

Pihak Madrasah yang yang terlibat secara langsung dalam kejadian itu turut membuat laporan polis dan menafikan fitnah yang dilemparkan.

"Assalamualaikum...tujuan kami masukan repot ini untuk mengelakan fitnah2 yang berlaku dan salah anggap yg berluluasa di media sosial... " - Facebook Madrasah Tahfiz Taufiqillah.




Terbaru, pihak Madrasah juga telah mengeluarkan kenyataan penafian diatas segala tuduhan yang dibuat oleh pihak Syarikat bas kepada mereka. Status itu dikeluarkan di Facebook Madrasah Tahfiz Taufiqillah.



Sumber: Oh!Media

Isu Bas Tinggal Pelajar Tahfiz: Pihak Madrasah Tahfiz Taufiqillah Cerita Perkara Sebenar Isu Bas Tinggal Pelajar Tahfiz: Pihak Madrasah Tahfiz Taufiqillah Cerita Perkara Sebenar Reviewed by Admin on 2:48:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.