Baru Dua Tahun Jual Tudung, Neelofa Terima Kejutan



KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Merasakan diri masih baru dalam dunia usahawan, pengacara popular, Neelofa bersyukur kerana menerima Anugerah Tokoh Wanita bagi kategori perniagaan.

Anugerah berkenaan katanya memberikan suntikan semangat kepada pelakon itu untuk lebih berjaya dalam bidang perniagaan, lapor Kosmo!

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan anugerah ini. Rasa diri terlalu kerdil dan tidak layak kerana baru dua tahun Naelofar Hijab diwujudkan.

“Apa pun anugerah ini memberi suntikan semangat bukan sahaja diri-sendiri, tetapi keluarga dan seluruh kakitangan Naelofar Hijab,” kata Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd.

Ia dilaporkan merupakan anugerah kelima diterimanya dalam bidang keusahawanan sepanjang dua tahun membawa jenama Naelofar Hijab.

Anugerah Tokoh Wanita dianjurkan buat kali ketiga memberikan penghargaan kepada 12 wanita berdasarkan sumbangan dan pencapaian cemerlang.

Ia disampaikan oleh Raja Permaisuri ­Agong, Tuanku Haminah Hamidun di Hotel JW Marriot di sini kelmarin

Selain Neelofa, antara penerima lain ialah bekas wartawan Adibah Amin, ahli perniagaan Datuk Seri Dr Hasmizah Othman atau Datuk Vida dan ratu terjun negara, Pandelela Rinong.

Sumber: Themalaymailonline.com

Baru Dua Tahun Jual Tudung, Neelofa Terima Kejutan Baru Dua Tahun Jual Tudung, Neelofa Terima Kejutan Reviewed by Admin on 11:40:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.