Makhluk Separuh Kerbau Separuh Buaya Ditemui Di Thailand



Agak mengerikan apabila terjumpa makhluk ganjil seperti ini. Penduduk kampung di sebuah perkampungan di Thailand bingung apabila menjumpai makhluk pelik ini.Haiwan aneh yang berwarna gelap, bersisik seperti reptilia, berkepala buaya tetapi dilahirkan dari seekor kerbau.

Video rakaman menunjukkan haiwan ini diletakkan di atas meja dan orang ramai yang berkumpul di situ menyalakan lilin dan juga kemenyan. Haiwan itu dikatakan timbul di High Rock, Wanghin di Thailand dan dilahirkan sebagai seekor kerbau lapor laman web tempatan iaitu Rath. Namun, bagaimana kepala dan badannya menyerupai seekor buaya penduduk tempatan masih tidak ketahui.

Walau bagaimanapun, penduduk kampung di sana berharap dan percaya kemunculan haiwan pelik ini boleh membawa petanda baik bagi kampung mereka. 


Sumber: Era.fm

Makhluk Separuh Kerbau Separuh Buaya Ditemui Di Thailand Makhluk Separuh Kerbau Separuh Buaya Ditemui Di Thailand Reviewed by Admin on 9:07:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.