Senarai 5 selebriti lelaki paling macho Malaya ini dipilih tanpa mengambil kira perasaan anda, sebagai peminat. Daripada pandangan mata kasar, kesemua selebriti lelaki yang bakal dipertontonkan selepas ini memang mempunyai pakej sebagai jejaka macho. Selain itu, editor OHBULAN! turut mengambil kira faktor imej, cara berkomunikasi dan fesyen yang diperagakan oleh selebriti-selebriti ini. Jom kita terjah siapakah selebriti tersebut!
Walaupun sudah lama menceburi bidang lakonan, namanya mula meletup apabila membintangi drama Nora Elena yang ditayangkan di TV3. Diikuti dengan kejayaan filem KL Gangster, Aaron Aziz semakin macho apabila berjaya mencetuskan fenomena cinta melalui filem box-office, Ombak Rindu. Sekaligus, Aaron Aziz kini boleh dikatakan sebagai pelakon yang paling laris di Malaysia. Wah, kami pasti bayarannya tentu mahal juga, kan?
Syamsul Yusof
Penyambung legasi Skop Production ini mempunyai tarikannya tersendiri. Ketika diawal kemunculannya, Syamsul pernah dicop sebagai seorang yang sombong dan tidak mudah didekati. Namun, pengalaman yang ditimba membuatkan Syamsul makin merendah diri. Dan kini, dia mudah diterima ramai. Tak dinafikan, lakonannya seakan dibuat-buat. Dari perspektif lain pula, kami lihat Syamsul ini seorang yang gigih bekerja, dan hasilnya? Anda pun tahu…
Sekarang dikenali sebagai Shahrizal. Pelakon ini kerap dihinggapi dengan pelbagai kontroversi panas bersama beberapa selebriti wanita seperti Maria Farida, Neelofa, dan yang terkini, Miera Liyana. Dengan aktres Miera Liyana pula, mereka berdua yang kini dilamun cinta pernah memberikan kenyataan untuk bertunang dalam masa terdekat. Dan akhir kata, Shahz Jaszle layak digelarkan sebagai lelaki macho kerana perangai kasanovanya. Hik!
Terkenal dengan imej skaf, Awi Rafael bukanlah penyanyi yang boleh diayam-ayamkan. Dalam diam, Awi Rafael mempunyai kebolehan mencipta lagu & lirik. Kelebihan itu bukannya dicapai dalam masa sehari dua, sebaliknya Awi Rafael menimba pengalaman busking di luar negara selama setahun sebelum pulang ke tanah air. Dengar cerita juga, Awi Rafael aktif mencipta lagu untuk beberapa penyanyi terkemuka tempatan.
Penyanyi ini kerap memukaukan peminat terutamanya wanita dengan lagu-lagu romantik dan penuh emosi. Jangan kata perempuan, kami yang jantan tegar pun tergamam tengok persembahan Anuar Zain! Walaupun jarang muncul di kaca tv, Anuar Zain sering kali menjadi pilihan syarikat besar untuk menghiburkan wanita-wanita, terutamanya ketika sambutan minggu setiausaha. Difahamkan juga, Anuar Zain merupakan antara barisan penyanyi yang menerima bayaran termahal di Malaysia.
Apa pula pendapat anda? Setuju dengan pilihan editor ohbulan berkenaa jejaka macho ni? Kalau ok, apa kata layangkan undian anda selepas ini!
5 Selebriti Lelaki Paling Macho
Reviewed by Admin
on
1:41:00 PG
Rating: