Dalam sebuah kajian yang diterbitkan di jurnal Science, diketahui bahawa gas rumah kaca telah memanaskan daratan sehingga kira-kira 1 darjah Celcius sejak tahun 1960. Peningkatan suhu ini tiga kali lebih cepat berbanding dengan peningkatan suhu laut.
“Kenaikan suhu memaksa populasi haiwan dan tanaman liar untuk menyesuaikan diri, terus bergerak dan terus menyesuaikan diri sendiri,” menurut laporan yang diterbitkan National Science Foundation, dipetik daripada United Press International.
Meskipun lautan mengalami peningkatan suhu yang lebih rendah, namun penyelidik menyebutkan, tanaman dan haiwan laut tetap perlu bergerak pantas sama seperti dengan mereka yang ada di darat agar tetap boleh hidup di kawasan yang sesuai untuk menjadi habitat mereka.
Jika tumbuhan dan haiwan di darat perlu berhijrah 2.5 kilometer setiap tahun, kehidupan laut juga perlu bergerak sejauh 2 kilometer setiap tahun.
“Malangnya, tidak banyak makhluk laut yang mampu bergerak sepantas itu,” kata John Bruno, Pakar Ekologi marin daripada Universiti North Carolina yang melakukan kajian.
“Sedangkan, terkurung dalam persekitaran yang semakin panas boleh mengakibatkan turunnya pertumbuhan, pembiakan, dan keselamatan kehidupan laut yang sangat penting dalam ekologi dan ekonomi seperti ikan, batu karang, dan burung-burung laut,” kata Bruno.
sumber
Hidupan Laut Terpaksa Berpindah Akibat Pemanasan Global
Reviewed by Admin
on
2:22:00 PTG
Rating: