Pemakaian telekung bagi wanita ketika bersolat hanyalah budaya umat Islam di nusantara. Budaya yang baik pada asalnya ini sedikit sebanyak mula mendatangkan kesan yang agak negatif kepada wanita Islam masakini. Kerana ada wanita yang menjadikan alasan terlupa membawa telekung sebagai punca mereka mengabaikan solat ataupun melengahkan solat kerana menunggu giliran mengguna telekung di surau.
Pemakaian telekung itu bukanlah syarat sahnya solat seseorang wanita. Syarat dalam pakaian sembahyang adalah cukup dengan menutup aurat dan hendaklah pakaian itu bersih dari sebarang najis. Maknanya, tidak kisahla anda memakai jubah, baju kurung, blaus atau seluar sekalipun, solat itu tetap sah. Asalkan pakaian tersebut menutup aurat dengan sempurna iaitu tidak menampakkan bentuk badan, tidak menampakkan warna kulit, longgar dan sebagainya seperti yang digariskan syariat.
Aurat wanita ketika sembahyang sama sahaja seperti aurat wanita di luar sembahyang iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Jika anda rasa was-was untuk mendirikan solat dengan pakaian yang dipakai pada ketika itu, ini bermakna anda masih belum menutup aurat dengan sempurna. Maka, perbaikilah cara pemakaian anda. Pakailah stokin dan jangan pakai tudung yang menampakkan leher atau dagu. Yang memang free hair dan berpakaian seksi tu, apatah lagi.
Jika anda keluar rumah menutup aurat dengan sempurna, tidak perlu memberatkan beg dengan telekung pun tidak mengapa. Tapi, pasti akan ada yang memandang pelik jika anda solat tanpa memakai telekung. Kerana Malaysia bukan berada di Timur Tengah. Tapi, peduli apa? Lelaki solat tak pakai kain pelekat dan baju melayu orang tak cakap apa pun. Hehe..
sumber
Telekung Bukan Uniform Wajib Ketika Solat
Reviewed by Admin
on
2:21:00 PG
Rating: