PAK MAN membaca al-Quran tanpa menggunakan cermin mata sambil diperhatikan isterinya, Saadiah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Denger, Jertih, semalam.Pak Man pernah nikahi lapan isteri disahkan tiada masalah kesihatan serius
Itulah kelebihan dimiliki Abdul Rahman atau lebih dikenali Pak Man dari Kampung Denger, dekat sini, yang masih gagah dan sihat, malah boleh bertutur dengan baik berbeza dengan kebanyakan rakan apabila mencapai usia emas.
Bukan itu saja, paling menarik lelaki ini pernah bernikah lapan isteri dengan isteri pertama dikahwininya ketika berusia 20 tahun, manakala isteri kelapan ketika berumur 80 tahun.
Pak Man bijak mengemudi rumah tangga dengan semua isteri yang pernah dikahwininya, apabila mampu mengawal kehidupan berkeluarga tanpa sebarang sengketa dengan pasangannya.
Ketika ditemui di rumahnya semalam, Pak Man mengakui perlu ada rahsia tersendiri untuk terus kekal sihat dan mempunyai isteri sehingga sekarang, meskipun sudah agak berusia.
Satu-satunya isteri masih bersamanya ialah, Saadiah Hamat, 71, manakala yang lain sudah meninggal dunia.
“Isteri yang lain meninggal kerana sakit tua dan hasil perkahwinan saya dikurniakan lapan anak dan 25 cucu,” katanya.
Dilahirkan pada 1895, Abdul Rahman yang ketika muda bekerja sebagai tukang rumah dan melalui kehidupan zaman penjajah bersyukur kerana masih dilanjutkan usia dan dapat menikmati segala kemudahan disediakan kerajaan.
Beliau berkata, sepanjang berumahtangga hanya sekali dapat berkongsi hidup dengan tiga isteri serentak.
“Saya bersyukur dengan kesihatan dan rezeki kurniaan Allah dan gembira melihat anak berjaya dalam hidup,” katanya.
Abdul Rahman mampu mengaji al-Quran, membaca akhbar serta buku tanpa menggunakan kaca mata dan penglihatan matanya masih baik.
Menceritakan rahsia menjaga kesihatan, Abdul Rahman berkata, sejak kecil dia tidak suka makan makanan berlemak, sebaliknya gemar memakan sayur dan air suam.
“Walaupun pernah menghisap rokok, tetapi selepas usia 50 tahun, saya cuba berhenti merokok.
“Saya juga disahkan doktor tidak mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis seperti yang lazim dialami individu seusia lain,” katanya.
sumber
Warga Emas 117 Tahun Dedah Rahsia Panjang Umur
Reviewed by Admin
on
10:58:00 PTG
Rating: