ORANG RAMAI melihat kereta Proton Prevé di salah sebuah bilik pameran Proton di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.
KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd. (Proton) telah menerima lebih daripada 2,800 tempahan untuk kereta global pertama yang baru dilancarkan, Proton Prevé.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, syarikat juga akan mula memasarkan kereta tersebut di Indonesia dan Thailand menjelang pertengahan tahun ini.
“Proton Prevé telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
“Ramai yang berpuas hati terhadap reka bentuknya dan ini memberikan kami keyakinan bahawa Proton Prevé dapat menembusi pasaran domestik dan ia juga bakal berada dalam pasaran luar negara menjelang pertengahan tahun ini,” katanya.
sumber
Tempahan Proton Prevé Melebihi 2,800 Unit
Reviewed by Admin
on
8:58:00 PTG
Rating: