Panas! Hotel Hidang Makanan Anjing Kepada Pelajar!


SEJAK semalam, tersebarnya sepucuk surat aduan yang dihantar kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM berhubung dakwaan sebuah hotel di Kuala Lumpur yang menghidangkan makanan anjing kepada pelajar yang berkunjung di hotel berkenaan.

Surat tersebut yang dipercayai dihantar oleh salah seorang staff hotel tersebut mendedahkan bagaimana pihak hotel telah menghidangkan roti makanan anjing kepada para pelajar atas arahan pengurus besar Hotel berkenaan.

Sejumlah 390 pelajar daripada Jabatan Pelajaran Selangor yang menginap di The Plaza Hotel Kuala Lumpur, pada tarikh 14hb sehingga 17hb November 2011 itu telah menjadi mangsa tindakan jijik dan tidak bertanggung jawab pihak hotel tersebut.

Di bawah ini surat yang dimaksudkan.


Si pengadu yang bernama Haziah binti Zainal yang juga merupakan Pembantu Pengurus Sumber Manusia hotel tersebut difahamkan akhirnya telah meletakkan jawatan.

Apa yang lebih mengejutkan, aduan si pengadu yang akhirnya membawa kepada satu siasatan oleh pihak JAKIM, akhirnya mendedahkan bahawa roti yang dikatakan makanan anjing itu turut mengandungi babi.

Di bawah ini lampiran muka surat 3 surat perletakkan jawatan si pengadu.


Apa yang jelas, penyebaran surat ini telah berjaya membongkar satu rahsia yang selama ini cuba ditutup dan diselindungkan oleh pihak tertentu di dalam menyelamatkan nama baik hotel yang terlibat.
Milo Suam

Panas! Hotel Hidang Makanan Anjing Kepada Pelajar! Panas! Hotel Hidang Makanan Anjing Kepada Pelajar! Reviewed by Admin on 8:09:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.