Helikopter Terhempas Di Sarawak, Nasib 3 Mangsa Belum Diketahui


helikopter, maut, hempas, jatus, kuching, sarawak, mangsa, selamat, hilang, kejadian, nahas, laporan, terbang, antarabangsa

KUCHING - Nasib tiga lagi mangsa nahas helikopter yang terhempas di muara Sungai Lingga, Sri Aman masih belum dapat dipastikan setakat pukul 11 malam ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, setakat ini tiada perkembangan terbaru berhubung operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang dalam kejadian itu.

"Tiada perkembangan terbaru...kita akan sambung semula gerakan mencari dan menyelamat esok," katanya kepada Bernama. 

Mangsa yang masih hilang ialah Peter Ato Mayam, Siti Khuzaimah Annuar dan Hanry Low manakala juruterbangnya warga Jerman, Rico Steger terselamat.

Sebuah helikopter jenis Eurocopter EC 120 dipercayai milik seorang ahli korporat tempatan dilaporkan terhempas dekat Muara Sungai Lingga pagi ini.

Menurut laporan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada pukul 8.57 pagi dan dalam perjalanan ke Nanga Merit, Kapit. - Bernama

Helikopter Terhempas Di Sarawak, Nasib 3 Mangsa Belum Diketahui Helikopter Terhempas Di Sarawak, Nasib 3 Mangsa Belum Diketahui Reviewed by Admin on 7:11:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.