Kerana Sami Yusuf, Imej Rabbani Tercalar?


sami yusof, sebab, rabbani, batal konsert, nyanyian, antarabangsa, calar, kumpulan, persembahan, urus, kesan buruk, sedih

KUALA LUMPUR – Kumpulan nasyid Malaysia, Rabbani melahirkan rasa kesal dengan tindakan penyanyi lagu ketuhanan dari Iran, Sami Yusuf yang membatalkan konsertnya Sabtu lalu secara tiba-tiba.

Sami yang baru pertama kali mengadakan konsert sulungnya di negara ini yang ‘menghilangkan diri’ disifatkan oleh Rabbani telah pun mencalarkan imej kumpulan nasyid mereka.

Bukan imej kumpulan mereka sahaja yang terjejas, malah, penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza juga serta kumpulan nasyid lain juga turut terkena tempias sekali.

Justeru itu, kumpulan Rabbani risau sekiranya ada pihak-pihak tertentu yang tidak mahu lagi bekerjasama dengan kumpulan mereka dalam menjayakan sesuatu persembahan kelak.

“Kami tidak menyalahkan penganjur, tetapi Sami, kerana sebagai entiti yang menjalankan perniagaan, kami menganggap kejadian itu tidak patut berlaku serta mencalar imej penyanyi lain.

“Apabila hal ini berlaku, mungkin ramai tidak lagi mahu berurusan dengan kami lagi pada masa depan. Ia akan memberi kesan buruk kepada perniagaan kami. Sebagai artis profesional, dia tidak boleh bersikap sedemikian. Kami juga kecewa apabila Datuk Siti Nurhaliza turut terkena tempias atas tindakan Sami itu,” kata Azadan Abdul Aziz, Pengurus Pemasaran dan Perhubungan Rabbani Productions Sdn. Bhd. Yang dipetik dari akhbar Berita Harian.

Dengan pembatalan konsert yang sepatutnya berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam minggu lalu, kumpulan Rabbani telah mengalami kerugian teruk.

Kerugian yang ditanggung mereka adalah dari segi promosi konsert tersebut, gerai-gerai jualan dan termasuklah kerugian kerana telah menolak beberapa tawaran yang ditolak untuk memenuhi permintaan konsert Sami itu.

Selain itu, Rabbani juga kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Sami yang mengatakan dia bukanlah penyanyi nasyid dalam beberapa media baru-baru ini.

“Malah, kami sedih mendengar kenyataannya kepada media sebelum ini yang dia bukan penyanyi nasyid, sedangkan lagu yang dibawanya menjurus ke arah itu,” katanya.

Kerana Sami Yusuf, Imej Rabbani Tercalar? Kerana Sami Yusuf, Imej Rabbani Tercalar? Reviewed by Admin on 6:37:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.